Khamis, 8 Januari 2009

MASIHKAH ADA HARAPAN BARU ?

Sebelum aku datang kerja aku akan memegang isteri dan anakku sambil memeluk mereka dan sentiasa berpesan supaya jadi isteri yang solehah dan anak yang solehah...dalam perjalan aku akan menyelusuri pelbagai kampung yang dilewati dan ragam manusia.

MASIHKAH ADA HARAPAN BARU ?

Aku rasa pembaca semua faham apa yang akau maksudkan.Mudahnya kita untuk mencipta sesuatu perkara baru tetapi adakah ia akan menjadi lebih baik dari apa yang ada.Aku benci perubahan tetapi aku melihat banyak yang hipokrit dalam soal ini...ya memang benar tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri.Sebagaimana ayat Al-Quran yang pertama turun yang menyuruh Nabi Muhammad membaca..jika kita berpandukan ayat ini aku rasa kita akan lebih menghargainya..(fikir-fikir saudara saudari).

hari ini kita begitu mudah disaljikan kan dengan harapan baru yang entah benar atau tidak atau hanya sekadar memancing puyu yang belum tentu mengena tanpa umpan (keiklasan) yang hakiki.. percayalah hanya pada ALLAH...



Helmi wajar diberi suntikan semangat

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwarbhsukan@bharian.com

Masih dibayangi kekalahan kepada Vietnam

KEMEROSOTAN prestasi skuad Hijau Kuning terutama membabitkan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias, yang tewas dalam dua perlawanan awal Liga Super mengundang rasa kecewa Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Azizan juga terkejut dan hairan dengan aksi buruk yang dipamerkan Helmi ketika berdepan dengan Selangor di gelanggang sendiri pada Sabtu lalu, selain kecundang 3-0 ketika menentang Negeri Sembilan, malam kelmarin.
Beliau berkata, bagi mengenalpasti punca kemerosotan Helmi yang pernah dijulang sebagai antara penjaga gol terbaik negara dan skuad Kedah, satu mesyuarat khas KFA akan diadakan hari ini bagi menyusun semula strategi memantapkan mutu persembahan pasukan. "Mungkin Helmi masih dipengaruhi badi kekalahan pasukan negara menentang Vietnam di Bangkok yang tidak habis lagi. "Saya harap dia diberi suntikan semangat untuknya mengembalikan semula persembahan yang lebih mantap," katanya.
Azizan yang menyifatkan kekalahan besar itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan skuad Hijau Kuning adalah juara tiga gelaran dengan menjuari Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super, buat dua tahun berturut-turut. "Kita rasa kekalahan tidak patut berlaku dan selepas ini kita akan menyusun balik dan mengenalpasti latihan selain mengesan di mana kelemahan Helmi kerana dia bukan saja penjaga gol Kedah, tapi untuk Malaysia," katanya. Gawang Kedah bolos tujuh kali dalam dua perlawanan, termasuk enam dilepaskan Helmi dalam dua perlawanan Kedah dalam musim baru Liga Super. Bagaimanapun, Azizan percaya pemain Kedah akan bangkit semula dan menyusun rentak persembahan lebih bertenaga selain memberi komitmen padu pada perlawanan akan datang.

Rabu, 7 Januari 2009

Kejam!Kejam!kejam!


MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam.

Kejam! Kejam! Kejam!
MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam.
Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel.
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing.
Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak.
Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak ‘berundur’ dan berhenti melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel.

Kempen Beli Barangan Malaysia

Oleh MAZLINA ABDUL MAJIDmazlina@kosmo.com.my

PUTRAJAYA – Kerajaan akan merancakkan semula Kempen Membeli Barangan Buatan Malaysia seperti yang dilaksanakan beberapa tahun lalu serentak di seluruh negara bermula 16 Januari ini.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kempen tersebut bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.Menurut beliau, pendekatan itu penting ekoran pengguna tidak boleh lagi bergantung secara langsung dan sepenuhnya kepada produk luar.“Tidak kira jenama apa, asalkan setiap barang itu buatan rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung dengan pembuatan atau pemasaran, kita akan seru dan sokong orang ramai untuk membelinya.“Galakan juga tentunya diberi kepada barang import, namun keutamaan kepada pembelian barangan buatan Malaysia supaya ada sumbangan bermakna kepada ekonomi negara ini,’’ katanya yang turut menyokong saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memboikot barangan buatan Amerika Syarikat.Shahrir berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Tahun Baru dan Amanat Menteri di sini semalam.Kempen itu menurut beliau, akan dijalankan sepanjang tahun meliputi daripada peringkat pameran perdagangan antarabangsa hingga peringkat runcit melibatkan kawasan bandar-bandar utama di negara ini.

Selasa, 6 Januari 2009

Wan Farid "benar-benar pilihan yang sangat buruk" - Dr M

Abdul Aziz MustafaMon Jan 05, 09 7:15:19 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional di dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk". "Pemilihan calon ini oleh Barisan Nasional benar-benar sangat buruk. Semua orang melihat beliau hanya sebagai proksi. Seseorang yang akan dipergunakan nanti jika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menjadi Perdana Menteri. Inilah orang-orang yang akan mengelilinginya," kata beliau menurut rakaman video Malaysiakini."Calon tersebut adalah pilihan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kerana beliau berkerja dengan Perdana Menteri," Malaysian Insider pula memetik Dr Mahathir berkata.Wan Ahmad Farid pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Abdullah ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri pada tahun 2003.Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, dan dilantik semula sebagai senator bulan lalu.Wan Ahmad Farid meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri Jumaat lalu dan jawatan senator hari ini, untuk bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.Kerusi parlimen Kuala Terengganu kosong ekoran kematian penyandangnya, yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu.PAS mencalonkan Mohd Abdul Wahid Endut, pilihan yang disifatkan menyejuk dan melegakan hati semua pihak.

Isnin, 5 Januari 2009

'Psikologi pemain tak terjejas'

ALOR STAR - Ketua jurulatih bola sepak Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah yakin psikologi anak buahnya tidak terjejas dengan kekalahan besar 1-4 kepada Selangor dalam aksi pembuka tirai Liga Malaysia 2009 kelmarin, lapor SHARIZA ABDULLAH.Meskipun kekalahan dalam perlawanan Sumbangsih itu seolah-olah membenarkan tanggapan sesetengah pihak bahawa kekuatan Sang Kenari sebelum ini bersandarkan sepenuhnya kepada pemain import, namun dia percaya anak buahnya tidak akan terpengaruh dengan andaian seumpama itu.Menurutnya, pemain Kedah mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri serta mampu mempamerkan persembahan bertenaga tanpa kehadiran pemain import dalam usahanya mempertahankan tiga kejuaraan yang dirangkul sejak dua musim lalu."Itu semua andaian orang semata-mata. Saya percaya psikologi pemain saya tidak akan terjejas ekoran kekalahan itu."Dalam perlawanan semalam (kelmarin) pun kita masih mampu beraksi baik walaupun terpaksa bermain dengan 10 pemain dalam tempoh kira-kira 40 minit," katanya.Dalam perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2009 yang juga merupakan perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Darul Aman malam kelmarin, Kedah dibelasah pasukan Selangor 1-4, sekali gus meranapkan impian juara treble berganda itu untuk merangkul trofi ketujuh dalam dua musim.Mohd. Azraai berkata, masih terlalu awal untuk membuat andaian mengenai kekuatan mana-mana pasukan pada musim ini dan dia memandang kekalahan tersebut sebagai satu perkara positif untuk memperbaiki persembahan Hijau Kuning dalam perlawanan akan datang.Malah menurutnya, tahun lalu juga, persembahan pasukan Kedah pada awal musim kurang memberangsangkan tetapi mampu bangkit sekali gus merangkul trofi Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA.Dalam pada itu, mengulas mengenai aksi buruk Helmi Eliza Elias yang melepaskan gol mudah sehingga dilihat menjadi punca kekalahan Sang Kenari kepada Selangor, Mohd. Azraai berpendapat penjaga gol kebangsaan itu masih dihantui 'badi' persembahan buruk pada kejohanan Piala AFF baru-baru ini.Justeru, katanya, peluang kini terbuka kepada penjaga gol simpanan skuad Hijau Kuning untuk merebut posisi utama apabila Helmi mungkin direhatkan buat sementara waktu bagi memberinya masa memulihkan persembahan dan keyakinan diri.Sementara itu, jurulatih Selangor, K. Devan berkata, gol awal yang diperoleh pasukannya ketika menentang Kedah telah memberi semangat kepada pemain-pemain Gergasi Merah untuk memberikan aksi bertenaga sepanjang perlawanan.

Obama membisu isu serangan Gaza

04/01/2009 5:35pmWASHINGTON 4 Jan. – Barack Obama yang menghitung hari untuk memulakan tugas sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), mengambil sikap membisu terhadap konflik terbaru membabitkan kekejaman Zionis ke atas penduduk Palestin.Pegawai dalam peralihan kuasa baru itu hanya mengulas bahawa Obama akan terus memantau situasi di Gaza, konflik yang setakat ini meragut lebih 460 nyawa itu.“Perkara-perkara global di pantau terus oleh Obama dengan teliti, terutama situasi serangan Israel di Gaza,” kata jurucakap Jabatan Keselamatan Negara, Brooke Anderson.Katanya, Obama dan pasukannya menghormati prinsip “hanya ada seorang Presiden AS pada satu-satu masa”.Sementara itu, penasihat kanan Obama, David Axelrod berkata, barisan pentadbiran baru sangat komited kepada usaha mewujudkan damai Asia Barat. - AFP

Polis Kedah rancang buka 22 pondok polis komuniti

LANGKAWI 4 Jan. - Polis Kontijen Kedah menyasarkan untuk membuka 22 pondok polis komuniti di semua daerah pada tahun ini bagi meningkatkan program pencegahan jenayah di negeri ini.Ketua Polis Kedah, DCP Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, buat permulaan, lapan pondok polis komuniti baru dibuka di Kota Star, Kuala Muda, Kulim, Baling dan Kubang Pasu yang dijangka mula beroperasi pertengahan Februari ini."Polis bercadang membuka dua pondok di setiap daerah dengan harapan memudahkan orang ramai memberi maklumat mengenai kes-kes berkaitan jenayah selain sebagai tambahan kepada pondok polis sedia ada," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis serah/terima tugas Ketua Polis Daerah Langkawi di sini hari ini.Syed Ismail berkata, setiap pondok itu akan menempatkan dua anggota polis, jika kawasan kerap berlaku kes jenayah, anggota tambahan akan diberikan dan beliau berharap pondok polis komuniti itu dapat beroperasi 24 jam.Katanya, polis kontinjen Kedah menerima peruntukan sebanyak RM640,000 bagi mewujudkan pondok polis komuniti itu.Pada majlis itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt. Mohamad Ali Jamaluddin yang akan bertukar ke ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, menyerahkan tugas kepada pemangkunya, Supt. Ishak Hassan.-Bernama

Ahad, 4 Januari 2009

Dua selebriti berpesta seks







Oleh MOHD. TURMADZI MADUNturmadzi.madun@kosmo.com.my



PELAKON wanita (kiri) dan penyampai berita stesen televisyen semasa dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur semalam. Gambar kecil, tiga daripada 26 orang yang ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan P. Ramlee bersama dua selebriti itu.
KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri yang baru dua minggu melangsungkan perkahwinan ditahan kerana disyaki menjadi dalang menyewa sebuah bilik di tingkat 11 sebuah hotel di Jalan P. Ramlee di sini untuk menganjurkan pesta seks dan dadah semalam.
Turut ditahan ialah seorang rakan kepada pasangan suami isteri itu yang dipercayai turut mengeluarkan wang modal untuk menjayakan pesta tersebut.
Bagaimanapun, keseronokan pesta itu tidak berpanjangan apabila bilik hotel itu diserbu polis.
Polis turut menahan 23 orang yang menyertai pesta tersebut yang kesemuanya berusia 18 hingga 31 tahun.


SEBAHAGIAN daripada dadah dan kondom yang ditemui dalam serbuan pesta seks di sebuah hotel di ibu negara semalam.
Daripada 23 orang itu, turut ditahan seorang pembaca berita sebuah stesen televisyen swasta dan seorang pelakon wanita muda yang merupakan deejay sebuah kelab malam di hotel itu.
Kedua-dua selebriti wanita berusia 25 tahun itu juga didapati positif dadah jenis ketamin dan syabu bersama sembilan lagi peserta pesta liar tersebut.

10,000 tentera Israel bersiap serang Gaza


ANGGOTA tentera Israel yang berada di bahagian utara Gaza kelmarin bersiap sedia untuk melancarkan serangan darat pada bila-bila masa.
BANDAR GAZA - Serangan udara terbaru rejim Zionis semalam meragut nyawa seorang lagi pemimpin pergerakan Hamas manakala sebuah sekolah turut musnah.
Kematian Mohammad al-Jammal, 40, yang bertugas sebagai pemerintah tentera Hamas merupakan satu kehilangan kepada pergerakan itu selepas kematian Nizar Rayan akibat satu bedilan Israel Khamis lalu.
Tindakan agresif Israel yang mendapat restu Amerika Syarikat (AS) itu memasuki minggu kedua semalam dengan angka kematian mencecah lebih 440 orang.
Pasukan 10,000 anggota tentera darat Israel bersama sejumlah kereta kebal dan artileri kini berada di sempadan dalam keadaan bersiap sedia untuk memasuki wilayah Gaza pada bila-bila masa, lapor media di Tel Aviv.
Pemimpin Hamas dalam buangan di Damsyik, Syria, Khaled Meshaal memberi amaran kepada Israel bahawa Yahudi berhadapan malapetaka jika menceroboh Gaza.
Namun Khaled menyatakan, Hamas bersedia berkerjasama jika Israel menamatkan serangan, menarik balik sekatan dan membuka semula pintu sempadan.
Sehingga kini lebih 750 serangan peluru berpandu memusnahkan banyak bangunan di Gaza termasuk 30 serangan udara semalam.
Israel menyatakan pesawat pejuangnya membedil sebuah kolej kerana ia dipercayai menjadi tapak pelancaran roket.
Masyarakat antarabangsa terus mengutuk serangan kejam Israel dengan menyifatkannya sebagai krisis kemanusiaan setelah lebih 2,290 cedera manakala 75 kanak-kanak turut mati.
Di Washington, Presiden AS, George W. Bush mendakwa Hamas bersalah dalam serangan tersebut.
Wilayah Gaza yang dikelilingi tembok konkrit setinggi lapan meter dikuasai pergerakan Hamas setelah parti Fatah pimpinan Presiden Palestin Mahmoud Abbas diusir dalam satu persengketaan pada Julai 2007.
Berikutan itu Fatah terpaksa membentuk kerajaan di Tebing Barat sekali gus meletakkan Gaza dalam sekatan Israel dan Mesir. - Agensi

OIC perlukan pasukan misi pengaman - Zahid

04/01/2009 4:30pm

KUALA LUMPUR 4 Jan. — Sekarang merupakan masa yang sesuai bagi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menubuhkan pasukan misi pengaman untuk dihantar ke negara-negara Islam yang mengalami pergolakan seperti Palestin, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Beliau berkata selain daripada turut serta dalam tindakan memboikot produk Israel dan Amerika Syarikat (AS) seperti dicadangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, masyarakat Islam dunia juga perlu bergabung tenaga untuk menubuhkan pasukan misi pengaman.
“Kita perlu menggunakan premis sedia ada, iaitu OIC. Kita perlu lakukan sesuatu yang lebih konkrit sebagai sebuah pertubuhan. Bukan semua negara anggota OIC akan bersetuju dengan cadangan ini tetapi jika ada majoriti, dengan itu kenapa tidak?” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Ade Nasution di sini.
Beliau berkata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB tidak memainkan peranan efektif dalam menangani konflik Israel-Palestin, yang telah mengakibatkan beribu-ribu orang awam terbunuh.
Katanya pasukan misi pengaman OIC juga boleh bekerjasama dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk menguatkuasakan perdamaian di negara yang bergolak, jika perlu.“Cadangan ini wajar dikaji. Ia terlebih dahulu perlu diterima oleh ketua-ketua negara OIC. Wujud keperluan segera bagi OIC mengadakan sidang kemuncak khas bagi tujuan itu,” katanya.
Dr Zahid berkata beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim pada mesyuarat Kabinet akan datang pada Rabu kerana
“beliau boleh mengemukakannya pada mana-mana forum OIC yang dihadirinya,”.
Pusat Ade Nasution ditubuhkan pada 19 Nov tahun lepas sebagai usaha menarik kira-kira 950,000 pemilih berdaftar warga Indonesia yang bekerja di negara ini untuk menjalankan hak demokrasi mereka dalam pilihan raya Indonesia yang dijadualkan pada 9 April tahun ini.
Pusat itu diilhamkan oleh Ade Nasution, ahli politik Indonesia yang akan bertanding dalam pilihan raya itu di bawah tiket Parti Amanat Nasional (Indonesia).
“Saya ingin menjelaskan bahawa perasmian pusat ini oleh saya bukan bertujuan campur tangan dalam hal ehwal politik Indonesia tetapi sebagai tanda persahabatan saya dengan Ade yang telah terjalin lebih 20 tahun,” kata Dr Ahmad Zahid.
Dalam perkembangan lain, Dr Ahmad Zahid, yang bertanggungjawab bagi hal ehwal agama Islam di Jabatan Perdana Menteri berkata Tabung Haji sedang menimbangkan untuk membeli tanah seluas 140,000 hektar di Kalimantan, Indonesia, untuk diusahakan dengan tanaman sawit.
“Tabung Haji memiliki kira-kira 60,000 hektar ladang sawit di Riau. Secara keseluruhannya, Tabung Haji memiliki kira-kira 200,000 hektar ladang sawit di Indonesia.
“Walaupun harga sawit di pasaran kini adalah rendah, kami telah menjalin perjanjian dengan beberapa negara dan ini menjamin harga tetap bagi komoditi itu,” katanya.
— BERNAMA

KEDAH KENA BELASAH.........


Kyrill Muhymeen (kiri) diasak pemain Selangor, Mohd. Razman Roslan pada
pertembungan Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Darul Aman, Alor Star,
Kedah semalam. Selangor menang 4-1.– Gambar Ismail kamadinKUALA LUMPUR – Selangor membuka tirai Liga Malaysia 2009 dengan bergaya apabila merangkul Piala Sultan Ahmad Shah selepas membelasah juara treble berganda, Kedah 4-1 dalam perlawanan Sumbangsih di Stadium Darul Aman, malam tadi.Dua daripada gol Selangor dijaringkan ketua pasukan, Amri Yahyah pada minit ke-3 dan 36 manakala dua gol lagi masing-masing menerusi Zameer Zainun (m-32) dan Safee Sali (m-58).Gol tunggal tuan rumah pula dijaringkan Kyrill Muhymeen pada minit ke-89.Namun pemain paling malang malam tadi adalah penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias yang melepaskan tiga gol mudah termasuk mengulangi persembahan buruknya pada Piala AFF baru-baru ini dengan menampan bola masuk ke gawang sendiri.Helmi kemudiannya digantikan dengan penjaga gol simpanan Kedah, Mohd. Al- Hafiz Hamzah pada minit ke-38 namun masih gagal menghalang Selangor menjaringkan gol keempat di babak kedua.Kemenangan Selangor itu sekali gus meleburkan sama sekali harapan Kedah untuk menempa sejarah menjadi pasukan pertama dalam merangkul trofi ketujuh dalam dua musim di bawah kendalian jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah.Ia juga merupakan kekalahan kedua berturut-turut Kedah dalam saingan Sumbangsih ini selepas tewas kepada Perlis musim lalu.Kedah yang beraksi di depan 30,000 penyokong sendiri termasuk Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah buntu mencari gol sejak perlawanan bermula meski pun melancarkan serangan bertali arus.Sebaliknya Selangor yang dibimbing jurulatih baru, K. Devan bijak menyempurnakan setiap peluang yang diperoleh di depan gawang lawan.Malang bagi pemain muda Kedah yang baru dua minit dimasukkan, Farizal Rozali selepas dilayangkan kad merah pada minit ke-54 ekoran mengasari penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.Ketiadaan pemain import benar-benar dirasai Kedah seolah-olah membenarkan tanggapan kekuatan Sang Kenari sebelum ini bersandar sepenuhnya kepada pemain import.Sementara itu, sebahagian besar pasukan tuan rumah yang beraksi dalam perlawanan pembuka tirai musim baru ini tewas semalam.
Kyrill Muhymeen (kiri) diasak pemain Selangor, Mohd. Razman Roslan pada
pertembungan Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Darul Aman, Alor Star,
Kedah semalam. Selangor menang 4-1.– Gambar Ismail kamadinKUALA LUMPUR – Selangor membuka tirai Liga Malaysia 2009 dengan bergaya apabila merangkul Piala Sultan Ahmad Shah selepas membelasah juara treble berganda, Kedah 4-1 dalam perlawanan Sumbangsih di Stadium Darul Aman, malam tadi.Dua daripada gol Selangor dijaringkan ketua pasukan, Amri Yahyah pada minit ke-3 dan 36 manakala dua gol lagi masing-masing menerusi Zameer Zainun (m-32) dan Safee Sali (m-58).Gol tunggal tuan rumah pula dijaringkan Kyrill Muhymeen pada minit ke-89.Namun pemain paling malang malam tadi adalah penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias yang melepaskan tiga gol mudah termasuk mengulangi persembahan buruknya pada Piala AFF baru-baru ini dengan menampan bola masuk ke gawang sendiri.Helmi kemudiannya digantikan dengan penjaga gol simpanan Kedah, Mohd. Al- Hafiz Hamzah pada minit ke-38 namun masih gagal menghalang Selangor menjaringkan gol keempat di babak kedua.Kemenangan Selangor itu sekali gus meleburkan sama sekali harapan Kedah untuk menempa sejarah menjadi pasukan pertama dalam merangkul trofi ketujuh dalam dua musim di bawah kendalian jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah.Ia juga merupakan kekalahan kedua berturut-turut Kedah dalam saingan Sumbangsih ini selepas tewas kepada Perlis musim lalu.Kedah yang beraksi di depan 30,000 penyokong sendiri termasuk Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah buntu mencari gol sejak perlawanan bermula meski pun melancarkan serangan bertali arus.Sebaliknya Selangor yang dibimbing jurulatih baru, K. Devan bijak menyempurnakan setiap peluang yang diperoleh di depan gawang lawan.Malang bagi pemain muda Kedah yang baru dua minit dimasukkan, Farizal Rozali selepas dilayangkan kad merah pada minit ke-54 ekoran mengasari penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.Ketiadaan pemain import benar-benar dirasai Kedah seolah-olah membenarkan tanggapan kekuatan Sang Kenari sebelum ini bersandar sepenuhnya kepada pemain import.Sementara itu, sebahagian besar pasukan tuan rumah yang beraksi dalam perlawanan pembuka tirai musim baru ini tewas semalam.