Oleh MAZLINA ABDUL MAJIDmazlina@kosmo.com.my
PUTRAJAYA – Kerajaan akan merancakkan semula Kempen Membeli Barangan Buatan Malaysia seperti yang dilaksanakan beberapa tahun lalu serentak di seluruh negara bermula 16 Januari ini.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kempen tersebut bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.Menurut beliau, pendekatan itu penting ekoran pengguna tidak boleh lagi bergantung secara langsung dan sepenuhnya kepada produk luar.“Tidak kira jenama apa, asalkan setiap barang itu buatan rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung dengan pembuatan atau pemasaran, kita akan seru dan sokong orang ramai untuk membelinya.“Galakan juga tentunya diberi kepada barang import, namun keutamaan kepada pembelian barangan buatan Malaysia supaya ada sumbangan bermakna kepada ekonomi negara ini,’’ katanya yang turut menyokong saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memboikot barangan buatan Amerika Syarikat.Shahrir berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Tahun Baru dan Amanat Menteri di sini semalam.Kempen itu menurut beliau, akan dijalankan sepanjang tahun meliputi daripada peringkat pameran perdagangan antarabangsa hingga peringkat runcit melibatkan kawasan bandar-bandar utama di negara ini.
musibah yang melanda kita ...bukanlah kemurkaan,,,,namun ia tanda pencipta kita ingin memberi peringatan ....supaya kita sentiasa tiadak alpa dan terpesong ....perlu kita muhasabah diri sentiasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
FALSAFAH DAN PRINSIP ASAS PERUBATAN MELAYU MENYANTUNI KESIHATAN MENTAL Permadangan sebuah Kampung (Gambar Hiasan ) Di sebuah kampung yang...
-
beginilah sikap pemimpin yang dulu pernah dijulang dalam kerajaan namun sekarang menikam tuannya sendiri....wahai pemimpin yang ada dan ya...
-
Bahang Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu semakin terasa. Meski pun penamaan calon hanya akan dilakukan pada 6 Januari depan, caka...
-
.: Ranyai Sabtu (UBN)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan