Khamis, 1 Januari 2009

NASIB UMAT KITA......




RENUNGKANLAH ....WAHAI PEMBACA BUDIMAN...

Rabu, 31 Disember 2008

Hati-hati dengan slogan Harapan Baru, Anwar Ibrahim
















Oleh satuperjuangan"
.fullpost{display:inline;}

Hati-hati dengan slogan Harapan Baru, Anwar IbrahimPada petang semalam, saya sedang memandu kereta dari Puchong menuju ke Bukit Jalil. Saya teruja dengan satu papan tanda di tapak pembinaan berhampiran dengan Taman Awam Bukit Jalil yang berbunyi "adanya Harapan".."There is hope". Saya menjangkakan ini merupakan papan itu sebagai satu iklan pembinaan bangunan pejabat baru PKR kerana penggunaan slogan "harapan" sinonim dengan PKR dan Anwar Ibrahim selalu menyebut slogan itu secara berulang-ulang. Malah semasa Kongres PKR baru-baru ini, Anwar Ibrahim dan PKR menggunakan slogan " Harapan Baru" sebagai tema besar hala tuju parti mereka. Maknanya, slogan "Harapan" melekat di minda saya sebagai sinonim dengan dengan Anwar dan PKR.
Saya teruja dengan slogan papan tanda itu dan memberhentikan kereta untuk melihat sendiri apakah makna slogan tersebut. Saya melihat di sebelah papan tanda itu,tiang-tiang sedang dicacakkan menandakan satu projek pembangunan akan dilaksanakan.Papan tanda misteri.."Adanya harapan..There is hope"..seninom dengan slogan Anwar Ibrahim "Harapan Baru"Papan tanda "adanya harapan" akan menimbulkan tanda tanya kepada setiap orang awam yang melalui jalan itu..Apakah itu "adanya harapan" ? Apakah projek pembinaan itu ? Apa kaitan "adanya harapan" dengan projek pembinaan itu ?..Terlintas di fikiran saya, "Apakah PKR akan membuat stadium baru atau bangunan pejabat baru PKR yang besar sebagai menandakan kemenangan mereka di Selangor dan Wilayah Persekutuan".Saya sempat mengambil beberapa keping foto papan tanda, projek pembinaan 'adanya harapan' untuk koleksi peribadi. (dua foto seperti di atas)Sekembalinya ke rumah, saya membuka alamat website yang dicatatkan di papan tanda itu, http://www.calvary.org.my/untuk mengetahui lanjut apakah projek pembinaan slogan "adanya harapan" itu.Saya terkejut, laman Calvary bukannya laman PKR sebaliknya laman Gereja Calvary Malaysia, beralamat di Calvary Church, 2 Jalan Damansara Endah, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia. tel. (603) 7728 6000 fax. (603) 7728 8037 email@calvary.org.my.Saya mencari-cari di laman itu, kaitan slogan 'adanya harapan' yang saya tonton di papan tanda di kawasan berhampiran Stadium Bukit Jalil dengan laman Gereja Calvary Malaysia.Di bawah tajuk Calvary Convention Centre (CCC), klik di sini, saya menjumpai apa yang saya cari sebelum ini. Rupa-rupanya bukan stadium PKR atau bangunan baru PKR tetapi satu projek pembinaan Pusat Konvesyen Majlis Gereja Calvary.Berikut merupakan senarai kronologi dari mesyuarat perancangan pada Februari 2008 hingga proses pembinaan dari Mei - Oktober 2008Mesyuarat Persatuan Kristian Calvary.... Februari 2008, ketika menjelang ambang PRU 12Kerja-kerja pembinaan mula dilakukan pada Mei 2008.... Setelah dua bulan PRU 12 yang menyaksikan PKR berjaya menafikan 2/3 kerusi di parlimen MalaysiaTapak pembinaan.... Jun 2008Tapak pembinaan.... Julai 2008Tapak pembinaan.... Ogos 2008Tapak pembinaan.... September 2008Tapak pembinaan.... Oktober 2008Beginilah bentuk model Calvary Convention Centre (CCC) jika siap sepenuhnya. Bentuk yang paling moden dengan peralatan yang serba moden. Mampu menampung lebih 5,000 penganut Kristian untuk latihan agama Kristian di MalaysiaLaman itu menyebut CCC dibina untuk menampung kegitan Gereja Calvary yang holistik, untuk peringkat dalam negara dan luar negera. Auditoriumnya memuatkan 5,000 kerusi untuk kegiatan pendidikan dan latihan Kristian khusus untuk golongan muda di Malaysia."The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities.These activities include the hosting of international, regional and nationalconventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation?s young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements." Klik di siniLokasi CCC..The Calvary Convention Centre seluas 4.9 hektar di kawasan tanah yang telah diluluskan di Bukit Jalil. Klik di siniSetelah selesai meneroka di internet tiga perkara yang terlintas di fikiran saya;Pertama; Slogan Harapan Baru yang digunakan oleh Anwar Ibrahim rupa-rupanya lebih dekat dengan agama Kristian. Kalau tidak dekat, kenapakah di papan tanda yang saya lihat itu, mereka gunakan slogan "adanya harapan", sedangkan sepatutnya di papan tanda itu diletakkan secara direct 'projek pembinaan The Calvary Convention Centre'. Apa maksudnya slogan "adanya harapan" dengan projek pusat majlis gereja Calvary itu ? Jadi dengan ini membenarkan kata-kata Mohamad Sabu yang pernah berkata, Anwar Ibrahim lebih sesuai untuk menarik bukan Melayu di Malaysia. Apa sahaja slogan yang Anwar gunakan bukan untuk menarik undi Melayu, tetapi untuk menarik sokongan bukan Melayu..Kedua; Barangkali 'adanya harapan' berkait rapat dengan slogan "harapan Baru" yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim kerana projek ini dibina selepas selesainya PRU 12, setelah PKR berjaya mengurangkan 2/3 kerusi di parlimen dan menguasai Selangor dan Wilayah Persekutuan. Projek ini mula dirancang bulan Februari 2008 (sebulan sebelum PRU 12) dan benar-benar dibina selepas PRU 12. Jadi hipotesis saya, Persatuan Kristian sengaja memilih saat-saat kritikal politik Malaysia (menjelang PRU), ketika itu mereka mengadakan deal dengan Anwar. Seminggu sebelum PRU, Persekutuan Majlis Gereja Majlis telah mengadakan perbincangan tertutup dengan Anwar Ibrahim dan mereka telah bersetuju dengan beberapa beberapa perjanjian, sekiranya PKR berjaya dalam PRU itu. Terlintas di fikiran saya, inilah sebahagian hasil perjanjian Anwar dan Majlis Gereja sebelum PRU lalu kerana projek pembinaan dibina sebaik sahaja PKR berjaya menguasai Selangor dan Wilayah Persekutuan ?Ketiga; Sekiranya sebesar itu Persatuan Gereja Calvary akan membina pusat konvesyen mereka, apakah nasib generasi muda Malaysia akan datang. Apakah golongan muda Melayu akan diKristiankan secara besar-besaran pada masa akan datang ? Wajarkan Majlis gereja Malaysia membina pusat konvesyen sebesar itu sedangkan penagnut mereka hanya 15 peratus di negara ini ? Jadi kalau 15 peratus, mereka ingin tampung siapa di pusat konvesyen itu ?Itu persoalan-persoalan yang bermain di fikiran saya yang belum terjawab hingga sekarang..mampukah kita bertahan dengan serangan Anwar Ibrahim yang dibantu dari Persatuan Kristian dari dalam dan luar negara ?Saya masih mengaru-garu kepala, mencari jawapan yang tidak pasti..Semoga catatan ini berguna untuk renungan kita bersama. Amin.

komplek gereja paling besar di Malaysia sedang dibina?


Oleh pochong


"Pada petang semalam, saya sedang memandu kereta dari Puchong menuju ke Bukit Jalil. Saya teruja dengan satu papan tanda di tapak pembinaan berhampiran dengan Taman Awam Bukit Jalil yang berbunyi "adanya Harapan".."There is hope". Saya menjangkakan ini merupakan papan itu sebagai satu iklan pembinaan bangunan pejabat baru PKR kerana penggunaan slogan "harapan" sinonim dengan PKR dan Anwar Ibrahim selalu menyebut slogan itu secara berulang-ulang. Malah semasa Kongres PKR baru-baru ini, Anwar Ibrahim dan PKR menggunakan slogan " Harapan Baru" sebagai tema besar hala tuju parti mereka. Maknanya, slogan "Harapan" melekat di minda saya sebagai sinonim dengan dengan Anwar dan PKR. Saya teruja dengan slogan papan tanda itu dan memberhentikan kereta untuk melihat sendiri apakah makna slogan tersebut. Saya melihat di sebelah papan tanda itu,tiang-tiang sedang dicacakkan menandakan satu projek pembangunan akan dilaksanakan. Papan tanda misteri.."Adanya harapan..There is hope"..seninom dengan slogan Anwar Ibrahim "Harapan Baru" Terlintas di fikiran saya, "Apakah PKR akan membuat stadium baru atau bangunan pejabat baru PKR yang besar sebagai menandakan kemenangan mereka di Selangor dan Wilayah Persekutuan". Saya sempat mengambil beberapa keping foto papan tanda, projek pembinaan 'adanya harapan' untuk koleksi peribadi. Sekembalinya ke rumah, saya membuka alamat website yang dicatatkan di papan tanda itu, www. calvary. org.my untuk mengetahui lanjut apakah projek pembinaan slogan "adanya harapan" itu. Saya terkejut, laman Calvary bukannya laman PKR sebaliknya laman Gereja Calvary Malaysia, beralamat di Calvary Church, 2 Jalan Damansara Endah, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia. tel. (603) 7728 6000 fax. (603) 7728 8037 email@calvary.org.my. Saya mencari-cari di laman itu, kaitan slogan 'adanya harapan' yang saya tonton di papan tanda di kawasan berhampiran Stadium Bukit Jalil dengan laman Gereja Calvary Malaysia. Di bawah tajuk Calvary Convention Centre (CCC), klik di sini, saya menjumpai apa yang saya cari sebelum ini. Rupa-rupanya bukan stadium PKR atau bangunan baru PKR tetapi satu projek pembinaan Pusat Konvesyen Majlis Gereja Calvary. baca selanjutnya http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/12/hati-hati-dengan-slogan-harapan-baru.html"

BERITA BURUK UNTUK MEDIA MALAYSIA - KERAJAAN KEDAH AKAN TERUS GUNAKAN PROTON PERDANA

Kerajaan Kedah bercadang mengekalkan penggunaan kereta Proton Perdana V6 sebagai kereta rasmi kerajaan negeri jika ia didapati memberi kebaikan kepada semua pihak. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata cadangan pengekalan kereta nasional itu dibuat setelah kerajaan negeri berpuas hati dengan penerangan pegawai Proton Edar mengenai spesifikasi kenderaan yang sebelum ini dilaporkan sering mengalami kerosakan. Katanya selepas perbincangan dengan wakil Proton Edar, kerajaan bersedia mengekalkan penggunaan Proton Perdana jika pengurusan Proton Edar memberi kerjasama yang baik berhubung penyelengaraan kenderaan itu. Azizan memberitahu pemberita demikian selepas menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd. Mohamad Shukor Ibrahim di pejabatnya di sini hari ini.Nampaknya ini berita buruk untuk media arus perdana terutama TV3 dan RTM yang memang gemar memfokuskan berita-berita yang membawa impak negatif kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR. Jika kerajaan negeri Kedah membuat pertukaran kereta seperti kerajaan negeri Perak tempoh hari, sekurang-kurangnya ia akan dijadikan isu panas selama 2 minggu di media arus perdana. Lalu ramailah yang akan ditemu bual, termasuk mereka yang tidak tahu apa-apa pasal kereta. Jika isu ini panas selama 2 minggu, sekurang-kurangnya ia akan menjadi modal ampuh bagi menghadapi kempen PRK Kuala Terengganu yang bakal berlangsung tidak lama lagi.Kepada media arus perdana yang galak memburu isu sensasi, takziah untuk anda kerana tiada berita panas dari Kedah pada hari ini. Kepada kerajaan negeri Kedah diharap agenda mengelakkan pembaziran diteruskan demi kewujudan sebuah Kedah yang sejahtera.http://pendikargunung.blogspot.com/

Ahad, 28 Disember 2008

Ahlan Wasahlan Kapten Zahar !!!!

KEMASUKAN Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato' Zahar Hashim beserta 13 orang AJK bahagian dan 28 orang Ketua Umno cawangan hari ini merupakan suatu detik yang bersejarah bagi PAS Selangor.
Kapten Zahar digantung jawatannya oleh Majlis Tertinggi Umno berikutan kelantangannya membuat teguran terhadap kepimpinan parti yang didokonginya selama 26 tahun.
Lapan bulan masa diambil untuk berbincang mengenai pro dan kontra menyertai parti pembangkang (yang sudah menjadi kerajaan di Selangor) sesama rakan-rakan Umno di PJ Selatan.
Hakikatnya bagi Zahar, Umno hari ini sudah lari daripada perjuangannya untuk membela nasib bangsa Melayu dan agama Islam. Umno sudah lari daripada landasan asal perjuangannya.
26 tahun menganggotai Umno, sebagai Ketua Bahagian, Ahli Dewan Undangan Negeri, banyak lagi faedah, kemudahan sebagainya telah dinikmati beliau dan rakan-rakan. Tiada maknanya lagi kepentingan material bagi beliau.
Keputusannya menyertai PAS tidak didorong sesiapa, tiada permintaan apa-apa, tiada tawaran apa-apa, katanya beliau sudah lama memikirkannya, sejak Mac 2008 lagi.
Beliau dan rakan-rakan yang menyertai PAS, hanya mahu mencari redha Allah dan berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan negara melalui PAS.
Walaupun mungkin kemasukan Zahar dan rakan-rakanya ke dalam PAS, tidak boleh dijadikan kayu ukur yang menyebabkan kecacatan menyeluruh kepada Umno, namun tidak mustahil ia boleh menjadi titik tolak kepada kemusnahan Umno Selangor.
Kemasukan Zahar adalah manifestasi daripada kelesuan dan kegagalan kepimpinan Umno dari peringkat nasional hingga ke peringkat negeri,
Zahar dan rakan-rakan tidak lagi yakin, Umno layak menjadi platform bagi memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa.
Kemasukan zahar membeli implikasi bahawa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan penggantinya Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, adalah pemimpin yang gagal.
Gagal meyakinkan mereka untuk terus kekal dalam Umno. Abdullah gagal sebagai PM dan Presiden Umno. Najib juga gagal menampilkan diri sebagai bakal PM dan bakal Presiden yang boleh mengemudi kapal Umno.
Kemasukan Zahar juga adalah hasil daripada kelemahan kepimpinan Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebagai Pengerusi Umno Selangor, sebelum diambil alih oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Jika Umno Selangor pun Khir tidak mampu mengemudikannya, bagaimana beliau mampu untuk memenangi pertandingan Ketua Pemuda?
Dan jika Muhammad tidak mampu meyakinkan Umno Selangor untuk tidak berpecah atau menyertai parti lain, bagaimana Muhammad boleh meyakinkan perwakilan Umno seluruh negara untuk mengundinya ke jawatan Timbalan Presiden?
Tindakan Zahar dan rakan-rakannya ibarat membunuh dua ekor burung dengan satu busar panah sahaja.
Umno di peringkat nasional 'terpalit tahi', manakala Umno Selangor 'tersembam ke lubuk'.
Zahar dan rakan-rakannya juga menyebabkan Khir Toyo dan Muhammad Taib terpaksa 'menanggung malu' dengan rakan-rakan Umno seluruh negara kerana kegagalan kepimpinan mereka.
Kemasukan Zahar ke dalam PAS bukan perkara kecil. Ianya amat besar bagi Umno, besar bagi PAS juga.
Zahar, 13 AJK bahagian, 28 Ketua Cawangan, mereka bukan keseorangan, mereka ada pengaruh dan pengikut. 26 tahun Zahar dalam Umno, bermula dengan mengetuai bahagian Puchong, sudah tentu beliau cukup dikenali dan ramai rakan-rakan.
Sudah tentu beliau mengenali dan amat arif dengan kepimpinan Umno Selangor, malah beliau juga punyai rakan-rakan Umno dari seluruh negara.
Maka mengambil semangat Maal Hijrah pada 1 Muharram 1430 (29 Disember) ini, Zahar dan rakan-rakannya boleh mula 'berdakwah' dengan mengajak rakan-rakan yang lain sama menyertai PAS.
Bukan sekadar mengajak untuk menyedarkan mereka tentang kepincangan kepimpinan Umno sahaja, malah mengajak mereka untuk mencari redha Allah, berjuang tanpa memikirkan kepentingan diri secara individu.
Bahawasanya duduk di dalam PAS tidak menjanjikan apa-apa kepentingan atau kemewahan dunia.
Jika jawatan diperolehi, ianya adalah amanah. Jika wang ringgit diperolehi, ianya adalah untuk menjadikan kita lebih dermawan untuk membuat pelaburan di akhirat sana.
Marilah sama-sama kita berhijrah untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.
Ahlan Wasahlan Wa Marhaban bikum!_

Umat Islam dilarang sertai perayaan agama lain:Ulama

28 December 2008

Oleh Nur Fadzmin Aliasbhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Pembabitan umat Islam pada majlis tertentu yang ada kaitan dengan agama lain bukan saja boleh menimbulkan syak wasangka malah melambangkan rasa tidak hormat dan ketidakfahaman penganutnya terhadap ajaran Islam yang sebenar.Mufti Perak, Datuk Seri Dr Harussani Zakaria, berkata perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia sudah jelas bertentangan dengan akidah dan haram hukumnya.“Tiada sebarang fatwa perlu dikeluarkan kerana ia sudah jelas bercanggah dengan agama,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekecewaan seorang pembaca melalui ruangan Surat & E-mel akhbar ini berhubung seorang gadis Islam bertudung menyertai koir sebuah perayaan agama.“Umat Islam perlu mempunyai pegangan agama yang kuat dan tidak sewenang-wenang mengikuti persembahan yang tiada kaitan dengan agama kita.“Lebih baik kita faham hukum dengan betul untuk mengelak salah faham. Cukuplah sekadar berziarah untuk mengeratkan hubungan dan mengelak jika ragu-ragu dengan perkara yang kita tidak pasti hukumnya,” katanya.Pendakwah, Hassan Mahmud Al-Hafiz, berkata umat Islam sepatutnya peka dengan sebarang acara membabitkan agama lain yang ingin mereka sertai kerana ia akan menjejaskan akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama.“Mungkin sesetengah pihak menganggap pembabitan dalam persembahan agama lain adalah sekadar muzik atau nyanyian semata-mata tapi sebagai umat Islam yang prihatin kita perlu memastikan pengisiannya bimbang jika ia boleh menggugat akidah.Sementara itu, Pensyarah muzik di Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang juga komposer, Azam Sulong (Azam Dungun), berkata tiada sekatan untuk menyertai mana-mana persembahan muzik di negara ini bagaimanapun sebagai umat Islam seseorang itu perlu bijak membezakan sama ada sesebuah persembahan itu bertentangan dengan akidah atau tidak.“Pemuzik beragama Islam perlu prihatin terhadap persembahan yang mereka ikuti kerana ia sebenarnya boleh menjejaskan akidah jika ia mengandungi unsur agama atau pemujaan dalam lirik lagu.“Mungkin jika hanya membabitkan pancaragam atau muzik ia masih boleh diterima tapi adalah lebih baik kita mengelak untuk menjaga sensitiviti budaya dan agama Islam kerana ia boleh menimbulkan kontroversi.“Jadi pemuzik sepatutnya memahami pengisian lagu, lirik dan tujuan majlis supaya tidak berlaku pertikaian di kalangan orang ramai mengenai ketetapan akidah mereka,” katanya.