Isnin, 5 Januari 2009

Polis Kedah rancang buka 22 pondok polis komuniti

LANGKAWI 4 Jan. - Polis Kontijen Kedah menyasarkan untuk membuka 22 pondok polis komuniti di semua daerah pada tahun ini bagi meningkatkan program pencegahan jenayah di negeri ini.Ketua Polis Kedah, DCP Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, buat permulaan, lapan pondok polis komuniti baru dibuka di Kota Star, Kuala Muda, Kulim, Baling dan Kubang Pasu yang dijangka mula beroperasi pertengahan Februari ini."Polis bercadang membuka dua pondok di setiap daerah dengan harapan memudahkan orang ramai memberi maklumat mengenai kes-kes berkaitan jenayah selain sebagai tambahan kepada pondok polis sedia ada," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis serah/terima tugas Ketua Polis Daerah Langkawi di sini hari ini.Syed Ismail berkata, setiap pondok itu akan menempatkan dua anggota polis, jika kawasan kerap berlaku kes jenayah, anggota tambahan akan diberikan dan beliau berharap pondok polis komuniti itu dapat beroperasi 24 jam.Katanya, polis kontinjen Kedah menerima peruntukan sebanyak RM640,000 bagi mewujudkan pondok polis komuniti itu.Pada majlis itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt. Mohamad Ali Jamaluddin yang akan bertukar ke ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, menyerahkan tugas kepada pemangkunya, Supt. Ishak Hassan.-Bernama

Tiada ulasan: