Khamis, 17 Jun 2010

SUKMA - Bolasepak : Kedah kalah dengan gol di masa kecederaan.

Terengganu jumpa Selangor di akhir

Oleh AMRAN MULUP sukan@utusan.com.my

MELAKA - Seperti yang diramalkan penyandang juara, Terengganu menempah tempat ke perlawanan akhir acara bola sepak apabila menewaskan Kuala Lumpur 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Hang Tuah, semalam.Pertembungan ibarat buku bertemu ruas itu gagal menghadirkan sebarang gol menamatkan aksi 90 minit hingga memaksa perlawanan berlanjutan ke masa tambahan tetapi keputusan seri tanpa jaringan terus kekal hingga ke wisel penamat.Bagaimanapun, kecekapan penjaga gol Terengganu, Md. Sharmiza Yusoff menjadi penghalang apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti yang pertama diambil oleh Ahmad Hazwan Bakri ketika lima sepakan penalti disempurnakan dengan cemerlang oleh pemenang pingat emas dua tahun lalu.Kemenangan itu membolehkan Terengganu berdepan Selangor dalam perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Hang Tuah, malam esok.Pada perlawanan separuh akhir kedua pula, Selangor yang berhasrat untuk meleburkan kemarau 12 tahun tanpa pingat emas acara bola sepak terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menewaskan Kedah 1-0 untuk melangkah ke perlawanan akhir.Pemainnya Selangor, Fitri Syazwan Raduan muncul hero buat pasukannya apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan perlawanan hendak ditamatkan.Pengurus Selangor, Datuk Hamidin Mohd. Amin melahirkan rasa lega hajat untuk melihat skuad Merah Kuning melangkah ke perlawanan akhir menjadi kenyataan."Saya bangga pemain telah memberikan persembahan paling mantap dan terima kasih juga kepada Fitri Syazwan yang menjaringkan gol kemenangan untuk berdepan Terengganu dalam perlawanan akhir," katanya.Menurutnya, pertemuan dengan Terengganu dalam perlawanan akhir dijangka menarik kerana lawan merupakan pemenang pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu.Katanya, impian Selangor adalah untuk memenangi emas selepas kali terakhir merangkul pingat itu pada temasya yang berlangsung di tempat sendiri pada 1998.

Rabu, 16 Jun 2010

PAKATAN RAKYAT PERAK KENA LAGI....

Salam .....

Paku dulang...paku serpih ...kata orang kita yang lebih....

Baru tiga hari lepas Pakatan Rakyat membuat tohmahan kononnya ada ADUN BN yang akan melompat parti ke PR tp sebaliknya yang terjadi.Budaya temberang dalam Pakatan Rakyat masih tak habis-habis lagi rupanya.Semalam politik Perak digegarkan lagi apabila ADUN Malim Nawar daripada DAP, YB Keshvinder Singh mengisytiharkan keluar daripada DAP dan menjadi ADUN Bebas!...apa dah jadi ni ?alasannya  beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

Hijrah lagi le YB seorang ni..dah 12 YB dah jadi BEBAS....

Rasa-rasanya betullah kata Tun Mahathir ,ini masa yang sesuai untuk adakan PR13.Dah kalau kajian Merdeka Center mendapati sokongan pada YAB Dato' Seri Najib mencecah 70 peratus mak eloklah bubar sahaja Parlimen bagi membolehkan pilihanraya diadakan .Tun Mahathir berkata , di masa beliau dulu sokongan terhadap BN hanya 62 peratus saja. Dengan sokongan itu BN berjaya menguasai 2/3 kerusi di Parlimen maka tak mustahil BN boleh mendapat lebih dari 2/3 kerusi .

Hal ini pun jika dibiarkan boleh mencemarkan sistem demokrasi Negara kita yang mana bilangan yang melompat parti dah mula meningkat dan ia memberi kesan yang kurang baik ...

Fikirkan lah......apa kata anda pula

Selasa, 15 Jun 2010

MALAYSIA OH TANAHAIRKU....

Salam untuk semua.....

Aku bangga menjadi rakyat Malaysia tapi aku hairan dengan sikap pemimpin2 masakini yang hanya pandai bercakap dalam hal politik kepartian.Sekejab begini sekarang begini dan naik pening rakyat nak memahaminya dan bila berubah kepimpinan maka slogan pun berubah juga.Kita marah Israel tapi dalam masa sama kita ada kerjasama pula dengan mereka . Itu cara org politik bercakap atau memang nak cakap macam tu....kita julang mereka sebagai wira negara tp kita politikan untuk kepentingan diri ....kita marah tapi kita suka ia terjadi sebegitu. pelik tapi benar itu lah kepimpinanku .....aku sayang tapi pada masa sama aku marah dengan sikap mereka yang mengampu dan anda macam mana pula ?

komen anda ...........