Rabu, 24 Disember 2008

Keahlian Ketua UMNO Pokok Sena Digantung...

KUALA LUMPUR - Lembaga Disiplin UMNO menggantung keanggotaan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin selama dua tahun bermula 17 Disember lalu kerana didapati bersalah mensabotaj parti pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu.Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, anggota wanita bahagian sama, Halimah Hanafi pula digantung selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan kerana membuat aduan palsu mengenai politik wang, kesalahan pertama seumpamanya yang diambil tindakan sedemikian berkuat kuasa pada tarikh sama.Bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahamad Kuris Mohd. Nor pula diberi amaran kerana didapati bersalah berkempen untuk mendapatkan jawatan menerusi blog miliknya yang melanggar Tataetika Ahli UMNO di bawah Perkara 5.3, Perkara 7.1 dan Perkara 8.1.Dua anggota jawatankuasa UMNO Bahagian Batu iaitu Abdul Kadir Abdul Karim dan Remlah Abdul Rahman yang didapati bersalah menjadi ejen untuk mengadakan majlis makan (untuk tujuan berkempen) malam juga diberikan amaran oleh Lembaga Disiplin.Dalam kes Halimah, Tengku Ahmad Rithaudeen berkata, beliau mengatakan wujudnya politik wang dalam pemilihan bahagian dan membuat laporan namun selepas dipanggil untuk lembaga membuat penyiasatan anggota wanita itu mahu mengubah aduannya pula. - Bernama

Baru 8 tahun dah roboh...nak kena siasat nie...!!

23 December 2008

Jeti Pulau Tuba roboholeh utusanLANGKAWI 22 Dis. – Sebuah jeti yang menjadi nadi utama untuk penduduk Pulau Tuba berulang alik ke Pulau Langkawi, roboh semalam.Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12 malam itu di sedari oleh penduduk-penduduk kampung yang berada di sekitar kawasan jeti tersebut.Tinjauan Utusan Malaysia mendapati hanya bumbung dan tiang jeti berkenaan yang kelihatan dan amat berbahaya kerana dikhuatiri jeti tersebut akan terus tenggelam dan menyukarkan penduduk yang sering berulang alik ke Pulau Langkawi.Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) Pulau Tuba, Mansur Sulaiman berkata, beberapa pengusaha bot yang berada di sekitar jeti tersebut dapat menyelamatkan bot masing-masing.“Secara tiba-tiba, jeti tersebut terus roboh dan nasib baik mereka sedar dengan cepat dan berjaya memindahkan semua bot-bot yang berada di jeti tersebut.“Syukur juga kerana tidak ada kemalangan jiwa berlaku” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.Menurutnya, jeti yang dibina pada tahun 2000 dengan kos RM9 juta sebagai transit mengangkut barang-barang keperluan harian, urusan harian penduduk ke pulau besar dan pengangkutan pelancong.“Disebabkan jeti ini roboh, semua penduduk terjejas dan kami amat malu kerana para pelancong akan takut datang ke sini kerana bimbangkan keselamatan mereka,” katanya.Tambahnya, pihak JKKP telah beberapa kali membuat aduan tentang perkara tersebut, namun tiada tindakan susulan dibuat

Selasa, 23 Disember 2008

NASIB SEMPADAN KITA...

Apalah malangnya nasib kita....kera dihutan disusukan...anak dirumah mati kelaparan...benar sekali ungkapan ini...masihkah kita ingin menunding jari mencari kesalahan semua pihak atau menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat...

Sempadan kita hak kita..betul atau tidak ? persoalannya ,kenapa orang bukan warganegara bebas berniaga dikawan kita dan menyewa tapak kompleks yang kita bina...sikap orang kita juga yang membenarkannya....peniaga cari untuk dengan jalan mudah ....PBT tengok saja ,walau ada diambil tindakan ,namun bagai melepas batuk ditangga...mana dia penguatkuasaan undang-undang yang katanya hebat tapi pintu sempadan sentiasa dirobos masuk oleh manusia tak bertanggungjawab...alahai malangnya peniaga yang jujur....

Ahad, 21 Disember 2008

Betulkah Mat Sabu kalah kerana faktor 'orang luar'?

Bahang Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu semakin terasa. Meski pun penamaan calon hanya akan dilakukan pada 6 Januari depan, cakap-cakap mengenai siapa yang bakal dipilih mewakili parti-parti dalam pilihan raya itu telah bermula sebaik penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail meninggal, akhir November.
Iklan

Teka-teki itu terjawab di sebelah pihak petang semalam (Sabtu). Barisan Nasional telah mempertaruhkan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Senator Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk dipilih pengundi pada 17 Januari nanti.
Di pihak lawannya, sudah ada kesepakatan di kalangan Pakatan Rakyat untuk menyerahkan kerusi itu kepada PAS. Nama calonnya bagaimana pun masih belum diputuskan.
Cuma yang hampir pasti, laluan untuk Mohamad Sabu (Mat Sabu), bekas calon pada pilihan raya umum, Mac lalu, sudah hampir tertutup. Kedengaran suara-suara sangat lantang di kalangan pendokong dan jentera PAS di Terengganu sendiri kononnya Naib Presiden PAS itu tidak dapat diterima pengundi.
Alasan utama diberikan ialah kerana Mat Sabu 'orang luar'. Maka, di atas sangkaan dan dakwaan untuk memenuhi selera pengundi yang mahukan anak tempatan, pihak dalaman PAS sendiri menuntut agar seorang anak tempatan dipilih sebagai calon kali ini.
Penulis merasa terpanggil mengulas kesimpulan itu. Apatah lagi satu analisa turut disiarkan sebuah tabloid mingguan, hari ini (Ahad, 21 Disember) bagi memperkuatkan kesimpulan tadi.
Bagi penulis, menyimpulkan kekalahan Mat Sabu semata-mata atas faktor dia 'orang luar' adalah satu penilaian sangat simplistik dan agak gopoh. Bahkan, ia satu ketidak adilan terhadap tokoh yang dianggap 'ayam sabung' PAS itu.
Begini saja lah! Apa kata kita teliti semula perangkaan keputusan pilihan raya kawasan itu Mac lalu dan kita bandingkan dengan apa yang berlaku di situ pada 2004 dulu, boleh?
Mac lalu, Mat Sabu mendapat 31,934 undi berbanding Razali 32,562. Majoriti kemenangan calon BN ialah 628 undi. Seorang calon Bebas, Maimun Yusof (Tok Mun) mendapat 685 undi.
Sebagai perbandingan, pelbagai pihak mengemukakan perangkaan undi diperolehi kedua-di pihak di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun). Jumlah diperolehi PAS di keempat-empat Dun (termasuk Dun Bandar ditandingi KeADILan) ialah 33,279 undi.Undi BN pula 31,486.
Beza undi kemenangan PAS atas BN ialah 2,243. Angka itu jika ditolak undi nenek tua tadi, masih ada 1,558. Mereka pun kata, jika tidak kerana Mat Sabu 'orang luar' dia sepatutnya telah menang dengan majoriti 1,558 undi!
Nanti dulu saudara! Jangan mudah buat kesimpulan. Kita analisa lebih terperinci sikit.
Undi dipungut Mat Sabu berbanding empat calon Dun merosot 1,795 undi. Kita namakan mereka undi lari. Betul, Mat Sabu tidak sepopular calon-calon Dun.
Tapi tidak kesemua undi lari itu pergi kepada Razali. Beza undinya dengan calon-calon BN di empat Dun ialah 1,076 undi lebih banyak.
Ertinya ada 719 undi lari yang tidak juga mengundi BN. Kita simpulkan 685 daripadanya pergi kepada Tok Mun dan 34 undi lagi tidak mengundi mana-mana calon.
Soalnya, apakah undi 685 kepada Tok Mun itu semata-mata kerana tidak berkenaan kepada Mat Sabu? Apakah tidak mungkin ia kerana simpati kepada nenek itu?
Penulis menyimpulkan bahawa faktor simpati terhadap calon Bebas itu juga satu kemungkinan kekalahan PAS. Bayangkan andaikata 685 undi itu tidak bersimpati kepadanya dan mengundi Mat Sabu, apakah BN masih menang?
Itu satu. Ertinya, kekalahan Mat Sabu bukan semata-mata kerana dia 'orang luar'.
Yang kedua, kita teliti pula undi di kawsan sama pada 2004 lalu. BN diwakili Razali, manakala PAS mempertaruhkan Dr Syed Azman Syed Nawawi. Dia bukan sahaja ada kelulusan akademik tinggi, AJK PAS Pusat, bekas Ahli parlimen 1999, tetapi paling penting (dalam konteks penghujahan ini) ialah beliau anak tempatan Kuala Terengganu.
Semua kita tahu beliau kalah dengan majoriti 1,933 undi kepada Razali. Itu tidak mengejutkan sebab kawasan-kawasan lain pun PAS kalah teruk ketika itu, hingga hilang kerajaan negeri.
Apa yang perlu diteliti, kekalahannya dengan hampir 2,000 undi itu juga tidak sepatutnya berlaku. Jika dijumlahkan undi-undi peringkat Dun, PAS mendapat 29,750 undi berbanding BN dengan 30,375 undi. Beza undi majoriti hanya 625 undi yang memihak kepada BN.
Syed Azman mendapat 29,061 undi, iaitu 689 undi kurang daripara calon-calon PAS di empat Dun. Sekali lagi kita istilahkan 689 itu undi lari. Jika tidak kerana undi itu, Syed Azman sepatutnya kalah hanya 625 undi, bukannya 1,933 undi. Berbeza bukan?
Maka kesimpulan penulis yang kedua, kalau dikatakan undi lari dalam kes Mat Sabu ialah kerana dia 'orang luar', bukankah fenomena serupa telah dialami Syed Azman yang merupakan anak tempatan?
Untuk kesimpulan ketiga, kita teliti lagi keputusan 2004 itu. Razali mendapat 30,994 undi, iaitu penambahan 619 undi lebih daripada empat calon BN di Dun. Ada 70 undi lari dari PAS yang tidak mengundi mana-mana calon.
Dalam ertikata lain, faktor peribadi calon BN itu turut memainkan peranan. Kita boleh simpulkan bahawa Razali telah mendapat undi peribadi sebanyak 619 undi.
Kita andaikan jumlah itu kekal pada 2008. Bermakna 1,076 undi peribadi diperolehinya Mac lalu hanya melibatkan 457 undi tambahan. Apa peliknya tambahan sebanyak itu kerana jumlah keluar mengundi di kawasan itu meningkat 5,267 orang berbanding 2004 lalu.
Sepertimana disebutkan, besar kemungkinan Mat Sabu tidak akan dipilih semula. Kalau penulis sendiri berada di tempat beliau pun, penulis tidak akan menerima tawaran bertanding semula, setelah diberi tanggapan sebegitu negatif.
Namun, itu bukan persoalan yang nak diperbahaskan di sini. Analisa semula oleh penulis ini hanyalah untuk mengajak kita lebih teliti dalam mengamati sesuatu perkara sebelum mengambil sebarang kesimpulan.
Berdasarkan analisa ringkas tadi, penulis sekali lagi menyangkal dakwaan kekalahan Mat Sabu tempohari semata-mata kerana dia 'orang luar'. Maaf cakap, bagi penulis kesimpulan itu adalah satu kedangkalan, menggambarkan kerja gopoh dan minda simplistik pihak terbabit.
Ia juga seolah-olah mengesahkan bahawa orang Terengganu sangat tebal sentimen kenegeriannya. Sedangkan hakikatnya tidak begitu, sebab penulis juga orang Terengganu.
Paling utama, dakwaan tadi satu ketidak adilan yang sangat dikesali terhadap fakta sebenar, lebih-lebih lagi terhadap Mat Sabu sendiri. - mks._

Khairy Jamaluddin akui pemimpin PAS matang berpolitik

KOTA BHARU, 21 Dis (Hrkh) - Kemunculan Khairy Jamaludin pada Wacana Perdana anjuran kerajaan Kelantan di sini malam tadi, seakan-akan melengkapkan cabarannya untuk menghampiri jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada Mac depan.
Iklan





Mungkin pertama kali dalam sejarah apabila seorang pemimpin muda Umno berani tampil ke pentas PAS (kerajaan negeri) yang disendatkan dengan ribuan penyokong.
Malah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu menyifatkan ia sebagai satu transformasi baru apabila beliau dijemput kerajaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir pada satu wacana politik.
"Ini menggambarkan sikap keterbukaan kerajaan Tok Guru Nik Aziz. Keterbukaan ini sesuatu yang cukup matang dan ia boleh digambarkan inilah transformasi baru politik di negara ini.
"Sememangnya saya mengakui tsunami politik melanda negara pada Mac lalu. Rakyat sekarang dilihat mempunyai kecederongan untuk mempunyai dwiparti di negara ini," katanya pada wacana tersebut.
Program itu dianjur Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Dua layar besar terpaksa disediakan pihak penganjur di luar dewan memandangkan Dewan Besar Balai Islam penuh sesak dengan kehadiran orang ramai.
Kedatangan Khairy turut disambut dengan laungan takbir orang ramai. Malah ramai penyokong Khairy memenuhi bahagian depan dewan, yang lengkap berpakaian baju putih.
Suasana agak panas berlaku pada pusingan kedua sehingga keadaan kurang terkawal apabila panelis Dato' Husam Musa dan Khairy masing-masing mahu menegakkan hujah dalam masa yang serentak.
Namun, moderator dari UKM, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berjaya mengawal keadaan. Seorang lagi ahli panelis iaitu pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Dr Agus yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM ada ketikanya kelihatan terpaksa tunduk kepada kehendak panelis terutamanya ketika pusingan kedua.
Sikap terbuka dipamerkan malam tadi, tidak seperti ketika mengendalikan program Hujah di TV9 dengan memberi ruang kepada mana-mana panelis mencelah ketika ahli panel lain sedang berhujah. Ramai berpandangan situasi itu tidak sepatut dibiarkan.
Keadaan itu digunakan sepenuhnya Husam dan Khairy sehingga meninggalkan Dr Aziz yang cuba mempamerkan sikap berkecuali dalam wacana tersebut, sebagai ahli akademik.
Ketika pusingan ketiga, penonton mengambil kesempatan untuk menghangatkan lagi wacana apabila dibuka ruang untuk bertanyakan soalan. Ramai tampil menggunakan kesempatan terbabit.
Hanya seorang Pemuda Umno dari Bachok yang merebut peluang tersebut dengan mengajukan soalan kepada Husam mengenai cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan seperti cuba menggadai ketuanan Melayu.
Hadir sama pada wacana itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan wakil-wakil rakyat.
(Ikuti laporan penuh dalam Harakah cetak edisi Jumaat ini). - mj/mks. _

Melayu Mudah Lupa

Kadang-kadang kita lupa. Oleh itu izinkan saya catat semula laporan akhbar Berita Harian (Mac 24, 1993) berkenaan kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim apabila DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah memberi perkenan kepada Undang-Undang Perlembagaan (pindaan) 1993 (kekebalan Raja-Raja).2. Katanya "Isu ini sebenarnya memberi pengajaran berguna kepada semua pihak termasuk Raja".3. Dalam New Straits Times (Mac 24, 1993) pula dilaporkan: "In Butterworth, UMNO Vice-President and Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said the royal assent has helped close the chapter on the subject which he described as a milestone in the process of political maturity of the nation.
Continue reading SNIPPETS - MELAYU MUDAH LUPA / THE NO BRIDGE DECISION.

Malaysia hampiri habuan lumayan

KOTA KINABALU - Habuan paling lumayan dalam sejarah badminton dunia menggamit tiga wakil negara apabila Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui melangkah ke final Siri Super Masters Akhir di Stadium Tertutup Likas, semalam.
Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong mempamer permainan paling mantap untuk menjadi calon utama menggondol kejuaraan lumayan yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$500,000 (RM1.81 juta).
Pei Tty-Eei Hui pula bangkit daripada ketinggalan pada set pertama untuk menundukkan pasangan Korea Selatan, Ha Jung Eun-Kim Min Jung 14-21, 21-19, 21-17.
Chong Wei menjadi pilihan hangat untuk membawa pulang AS$40,000 (RM144,800) selaku juara perseorangan lelaki selepas hanya memerlukan 25 minit untuk menang 21-5, 21-10 atas juara Olimpik 2004, Taufik Hidayat dari Indonesia.
Peluang jaguh nombor satu dunia itu tambah cerah kerana tidak perlu berdepan Sony Dwi Kuncoro, sebaliknya akan menentang Peter Hoeg Gade, pemain yang dikalahkannya dalam enam pertemuan mereka, termasuk di peringkat kumpulan, Khamis lalu.
Semalam, Gade mengejutkan naib juara dunia dan pemenang tiga kejuaraan Siri Super, Sony 21-10, 21-10 dalam satu lagi saingan separuh akhir.
"Saya sudah dapat mengembalikan kecergasan seperti ketika beraksi pada Olimpik lepas. Kalau bermain dua atau tiga set pun saya bersedia.
"Lagi pun semangat saya untuk menang semakin bertambah apabila mendapat panggilan Datin Seri Rosmah Mansur yang mahu saya berjuang bersungguh-sungguh,'' kata Chong Wei.
Dalam beregu lelaki, Kien Keat-Boon Heong kembali mempamer permainan terbaik mereka selepas menyingkirkan rakan senegara, Mohd. Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Abdul Latif 22-20, 21-14.
Kemenangan ini meneruskan rekod tanpa kalah bekas pasangan nombor satu dunia itu di Kota Kinabalu selepas turut menumbangkan juara Olimpik, Markis Kido-Hendra Setiawan, bekas juara Olimpik, Candra Wijaya-Tony Gunawan dan beregu Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen di peringkat kumpulan.
Selepas mengharungi tahun yang mengecewakan, Kien Keat-Boon Heong berpeluang menutup tirai 2008 dengan menggondol AS$42,000 (RM152,040) jika menundukkan juara Seluruh England, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae dari Korea Selatan, hari ini.
Jae Sung-Yong Dae, beregu nombor dua dunia mara selepas menumbangkan Markis-Hendra 22-20, 15-21, 21-16.
Dalam saingan beregu wanita, Pei Tty-Eei Hui melangkah ke perlawanan akhir buat kali keenam tahun ini untuk menempah pertemuan dengan beregu Indonesia, Vita Marissa-Liliyana Natsir.
Walaupun tumpas tiga daripada empat pertemuan mereka, namun pasangan nombor dua dunia itu mengalahkan Vita-Liliyana pada perlawanan terakhir di Terbuka Jepun, September lalu.
Seperti beregu lelaki, kejuaraan beregu wanita turut menawarkan RM152,040 kepada pemenang - hadiah kemenangan paling tinggi pernah dinikmati oleh Pei Tty dan Eei Hui jika muncul juara hari ini.
Sementara itu, Hong Kong sudah mengesahkan satu kejuaraan apabila dua pemain handalannya, jaguh nombor satu dunia - Zhou Mi bertemu Wang Chen dalam saingan akhir perseorangan wanita.
Kejuaraan beregu campuran pula menjadi perebutan di antara pasangan Denmark, Thomas Laybourn-Kamilla Rytter Juhl dan beregu nombor satu dunia, Nova Widianto-Liliyana Natsir dari Indonesia.