Isnin, 12 Januari 2009

PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN PENGLIBATAN BELIA

Rancangan Malaysia Kesembilan , adalah rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memancu Misi Nasional kearah mencapai Wawasan 2020. Rancangan ini merupakan kesinambungan perancangan Kerajaan membentuk sebuah Negara yang maju ekonominya, seimbang pembangunan sosialnya , memiliki warga yang bersatu padu , berbudaya , berpekerti mulia, berkemahiran , berfikiran maju dan berpandangan jauh…..

. Dato’ Seri Abdullah Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia ( Tarikh 31 Mac 2006 di Dewan Rakyat semasa pembentangan usul mengenai RMK9)


Rakyat adalah asset paling berharga. Pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran warga merupakan salah satu cabaran terbesar.

Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan , jika kita mahu menjadi Negara maju dan kekal pada tahap tersebut. Pembangunan modal insan harus diutamakan. Dalam konteks dunia global, modal insane bermutu tinggi adalah satu keperluan , bukan lagi satu kemewahan.

Usaha membangunkan modal insan berkualiti akan digiatkan. Pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistic, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan dan juga pembudayan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi.

Inilah yang dikatakan modal insan kelas pertama. Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama akan dilaksanakan.

1. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan
2. Memperkukuhkan keupayaan sains , R&D dan inovasi
3. Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral


SUMBER : RMK9 –MEMBINA TAMADUN MENJULANG MARTABAT NEGARA : m/s 27 & 28 (Teras KeduaRMK9 )

Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada saudara saudari yang turut bersama-sama dengan saya bagi memberi komen yang berguna bagi saya untuk memperkemaskan penulisan ini. Saya percaya dalam membentangkan tajuk ini , kita akan menilai sesuatu itu samada negative ataupun positif. Walau dari arah mana sekali kita melihat anjakan perubahan mesti dilakukan demi mencapai budaya bangsa Malaysia yang Cermelang , gemilang dan Terbilang . Persoalan-persoalan yang akan dilontarkan nanti memungkinkan kebijaksanaan kita untuk menerima atau membiarkan sahaja ia terbuang dan menjadi racun pada generasi demi generasi yang akan datang. Persoalan yang diutarakan bukan menandakan atau sikap membenci kepada belia namun tidak lebih memberi cadangan dari seorang abang kepada adik-adik yang dikasihi. Ini kerana jauh disudut hati ini, ingin melihat kejayaan seorang adik dalam membina indentiti Agama Islam, Bangsa dan Negaranya kearah kejayaan .

Saudara Saudari yang dikasihi......

Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a khadam Rasulullah S.A.W dari Nabi S.A.W, sabdanya : " Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya. "
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Berdasarkan hadis tersebut , tidak salah kiranya sebagai hamba-NYA membantu seberapa yang terdaya kepada saudaranya yang memerlukan pertolongan walaupun tidak diminta berbuat demikian tapi atas sifat tanggujawab sesame insan.
Menurut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, katanya ; “ Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur ‘ baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”.
Sumber : Minda Madani Online-www.abim.org.my

Jesteru itu sebagai Umat Melayu belia Muslim hari ini bukan lagi hanya menjadi penonton atau pemain simpanan sahaja tetapi haruslah bersiap sedia untuk menjadi pemain utama dalam memacu umat untuk memimpin tamadun dunia dan menjadi umat contoh , terutamanya pada masa sekarang di,mana imej dan citra agama Islam digambarkan dalam keadaan yang buruk. Gambaran suram wajah Islam hari ini semestinya diperbetulkan melalui kekuatan peribadi, intelek, ekonomi, pemikiran, kebudayaan generasi muda pada hari ini.Apa yang pentingnya sebagai generasi pelapis negara terutamanya kita mesti merebut setiap peluang yang ada disini dan jangan kita menjadi malu mahupun segan untuk melakukan perubahan untuk diri kita.

Peranan generasi muda sememangnya terserlah dalam sejarah manusia itu sendiri. Golongan mudalah yang menjadi pelopor kepada suatu kebangkitan dan menjadi penggerak kepada arus perdana perubahan masyarakat. Dalam sejarah perkembangan Islam, sejak ia bermula bertapak di Mekah sehingga berkembang ke Madinah, golongan mudalah yang banyak memainkan peranan utama seperti sahabat Rasulullah SAW yang setia berjuang dan berjihad menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Dan lihatlah nama-nama besar seperti Saidina Ali, Saidina Osman, Abdul Rahman bin Auf, Ibnu Zubair, Ibnu Abbas dan ramai lagi sahabat-sahabat yang menjadi pendokong utama dan jentera penggerak pembinaan ketamadunan Islam. Sejarah juga pernah menyaksikan ketangkasan Usamah bin Zaid yang berusia 18 tahun memimpin satu bala tentera untuk menyerang kerajaan Rom dan Kehebatan Muhammad Al Fateh membuka Kota Istanbul ( Konstantinopal ) ketika berusia 21 tahun.

Dan tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Aku hendak menciptakan khalifah pada bumi”, mereka berkata: “Adakah Engkau mahu jadikan padanya makhluk yang akan berbuat bencana padanya dan akan menumpahkan darah? Padahal kami berbakti dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau”. Dia berfirman: “Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui”. ( Ayat 30 : Surah al-Baqarah )
Berdasarkan ayat tersebut maka terbukti setiap manusia yang dilahirkan dimuka bumi ini adalah sebagai Khalifah ataupun pemimpin , tak kira sama ada sebai pemimpin negara , masyarakat, keluarga ,pertubuhan mahu pun sebagainya.Jesteru itu jangan kita leka terutamanya kita yang belia ini untuk memajukan kehidupan kita didunia mahupun akhirat.

Dalam RMK9 telah dinyatakan kepada umum dimana belia merupakan aset,sumber berharga negara, ini kerana anda semua yang akan mewarisi pimpinan dan meneruskan halatuju Misi Nasional dan Wawasan 2020., dan anda semua yang berada di dewan ceramah ini merupakan sebahagian dari para belia di Negara kita.Hal ini telah dinyatakan secara nyata dalam RMK9 teras kedua dalam bab ’Memupuk Masyarakat Berbudaya dan Memiliki Kekuatan Moral’ dalam aspek ’Memperkasa Belia Dan Wanita’.

Cabaran kritikal yang perlu dihadapi dan perlu ditangani adalah sikap segelitir belia di sini yang tidak bersedia menyertai sektor-sektor kerja di paras rendah, keadaan ini memaksa kemasukan pekerja luar untuk mengantikan keperluan pekerjaan di Negara kita. Ini merupakan satu masalah sosial baru. Dan bagi keadaan ini kerajaan sedang dan telah menyusun program yang mana akan merangkumi pembinaan sahsiah diri serta penerapan Nilai-nilai murni yang mungkin akan dapat mengubah paradigma minda dan sikap belia ataupun remaja terhadap pekerjaan.

Seorang pemikir dan penyair terkenal Mesir, Ahmad Syauki pernah bermadah : “ Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana akhlaknya, jika rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang”.
( Sumber : Minda Madani Online-www.abim.org.my )

Hebat betul kata-kata penyair itu , maka kita sebagai belia sewajarnya dapat memahaminya dengan kaedah yang terancang dan seiring dengan keperluan kita. Dalam hal ini bagaimana kita akan memberi sumbangan serta melibatkan diri untuk menjayakan RMK9.

Peranan golongan muda dalam Al Quran dirakamkan dalam episod pemuda-pemuda kahfi yang bersikap berani mempertahankan akidah dari seorang raja yang zalim.Firman Allah SWT dalam surah al Kahfi 18 : 13 - 14, Terjemahannya :“ Kami ceritakan kisah mereka ( Ashabul kahfi ) kerana keredaanmu ( Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami telah tambahkan kepada mereka petunjuk dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata ;” Tuhan kami adalah Tuhan selain Dia, Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkam perkataan yang amat jauh dari kebenaran.

Jesteru itu , sebagaimana yang dirakam dalam terjemahan ayat tersebut maka sewajarnya anda semua mempunyai keazaman dan keteguhan seperti Ashabul kahfi yang dapat melalui pelbagai rintangan demi mempertahankan keimanan mereka. Dalam arus kemodenan dan kemajuan dunia global tanpa sempadan hari ini, banyak berlaku kebanjiran dan limpahan budaya negatif dan rosak yang melanda negara di seluruh dunia. Warga belia hari ini bukan sahaja terdedah kepada masalah penyalahgunaan dadah yang semakin meruncing, tetapi mereka juga semakin diresapi budaya hedonisme – suka berpoya-poya dan berhibur dengan keterlaluan, terjebak dalam amalan seks bebas ( berzina ), ketagih rokok, judi, arak, bahan porno ( lucah ) dan sms dan banyak lagi masalah sosial yang cukup membimbangkan kita.

Oleh itu sebagai seorang belia yang berwawasan mestilah memilih benih yang baik untuk di tanam. Tuhan hanya menyediakan satu tempat sahaja sebagai kebun untuk bercucuk tanam. Tuhan memberikan kepada manusia satu peluang sahaja untuk mengusahakan ladangnya. Kebun tersebut adalah dunia dan peluang tersebut adalah hidup di dalam dunia ini. Tidak ada kebun lain dan tidak ada peluang lain. Pokok yang paling baik ditanam adalah pokok yang batangnya berdiri tegak, dahannya rukuk merendahkan diri dan julainya yang berat dengan buah sujud mencecah bumi dengan penuh kehambaan. Pokok yang baik mengeluarkan buah yang baik untuk kehidupan dunia dan ia terus berbuah di dalam kubur. Di akhirat kelak buahnya akan memberikan kegembiraan yang abadi.

Sebagai contoh ,tanyakanlah kepada jutawan dunia, Bill Gates dan ramai lagi, dari mana datangnya kejayaan mereka sekarang? Tentu mereka akan berkata, itulah zaman muda kami dahulu yang mana kami taruhkanya untuk melihat dan merasai apa yang kami cita-citakan suatu masa nanti. Kerana potensi yang ada pada orang muda, Musollini di Itali, Hitler di Jerman, bangkit untuk memimpin bangsa mereka dalam jangka masa yang singkat. Satu dunia bergegar dengan laungan yang mereka perjuangkan, hinggakan berlaku peperangan besar di dalam dunia yang mengorbankan jutaan manusia. Mereka melaungkan revolusi perubahan, dengan gagasan dan landasan yang padu yang mereka gariskan, demi mencapai apa yang mereka impikan.
Kerana pemuda yang subur fikrah Karl Max itu juga, peta dunia mampu untuk di lakar semula.(sumber :www.dakwah.info )

Saudara Saudari yang dikasihi.....

Rancangan Malaysia Ke-9 merupakan program yang sangat besar maknanya yang bermula dari tahun 2006 hingga 2010. Dan anda semua para belia sewajarnya menjayakannya . Ini kerana kita akan dapat mengenal pasti apa yang telah kita capai dan elemen-elemen kelemahan yang perlu diperbaiki yang mana seterusnya bagi meletakkan kita di landasan perjalanan menjelang 2020.