Rabu, 24 Disember 2008

Baru 8 tahun dah roboh...nak kena siasat nie...!!

23 December 2008

Jeti Pulau Tuba roboholeh utusanLANGKAWI 22 Dis. – Sebuah jeti yang menjadi nadi utama untuk penduduk Pulau Tuba berulang alik ke Pulau Langkawi, roboh semalam.Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12 malam itu di sedari oleh penduduk-penduduk kampung yang berada di sekitar kawasan jeti tersebut.Tinjauan Utusan Malaysia mendapati hanya bumbung dan tiang jeti berkenaan yang kelihatan dan amat berbahaya kerana dikhuatiri jeti tersebut akan terus tenggelam dan menyukarkan penduduk yang sering berulang alik ke Pulau Langkawi.Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) Pulau Tuba, Mansur Sulaiman berkata, beberapa pengusaha bot yang berada di sekitar jeti tersebut dapat menyelamatkan bot masing-masing.“Secara tiba-tiba, jeti tersebut terus roboh dan nasib baik mereka sedar dengan cepat dan berjaya memindahkan semua bot-bot yang berada di jeti tersebut.“Syukur juga kerana tidak ada kemalangan jiwa berlaku” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.Menurutnya, jeti yang dibina pada tahun 2000 dengan kos RM9 juta sebagai transit mengangkut barang-barang keperluan harian, urusan harian penduduk ke pulau besar dan pengangkutan pelancong.“Disebabkan jeti ini roboh, semua penduduk terjejas dan kami amat malu kerana para pelancong akan takut datang ke sini kerana bimbangkan keselamatan mereka,” katanya.Tambahnya, pihak JKKP telah beberapa kali membuat aduan tentang perkara tersebut, namun tiada tindakan susulan dibuat

Tiada ulasan: