Khamis, 22 Mac 2012

Pemerintah BN yang bangang - Hutang sampai tinggai nyawa ikan pun masih kata OK...



Hutang negara kini pada paras 53% KDNK
Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin.

NONE"Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.
Memetik rekod kewangan 2008 dan seterusnya yang mempamerkan peningkatan hutang dari tahun ke tahun, Saifuddin mendakwa bahawa trend peningkatan hutang akan menyaksikan negara berhutang sehingga 100 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Had kami adalah pada 55 peratus. Jika kita tidak cecah 55 peratus, maka kita tidak akan capai100 peratus," kata Awang Adek sambil menambah sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, mereka tidak akan membenarkan perbelanjaan dan pinjaman melebihi had yang ditetapkan.

Bukan mudah untuk selesaikan kemelut Kerajaan PAS Kedah

Oleh: anaabdullah

" NONERamai orang PAS Terengganu tanya saya pasal kemelut yang berlaku di Kedah yang dikatakan sudah seelesai itu.

Bagi penulis, bukan mudah untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku itu.Lebih lebih lagi dua orang exco salah seorang pernah disebut sebut akan dilantik sebagai menteri besar bagi mengganti ustaz Azizan Razak.

Ustaz Azizan Razak sepanjang yang penulis kenal, tak mudah tunduk dan akur dengan keputusan Pas Pusat yang cuba memasukkan semula senarai nama untuk dilantik sebagai exco.
Demikian juga dua orang exco yang tidak akan mengalah dengan tuntutan dan kehendak masing masing.
Kita sedia maklum kemelut yang berlaku berpunca daripada ketidakserasian pendapat yang masing masing ada hujah dan mempertahankannya.
Inilah benda yang membuat kemelut kerajaan PAS Kedah tak boleh selesai miskipun sesetengah mengatakan ia sudah selesai.
Penulis setuju "selesai" itu hanya diatas kertas sepertimana yang diputuskan oleh mesyuarat Pas Pusat baru baru ini.
Keputusan yang dibuat oleh PAS pusat itu kurang bijaksana, kerana dua orang exco tersebut sudah menolak dari dilantik semula.
Sangat tidak wajar memasukkan senarai orang yang sudah menolak dilantik semula itu.Bayangkan perasaan dua exco yang menolak dilantik semula tiba tiba PAS pusat buat keputusan mesti dilantik semula.
Dua orang exco itu bukan malaikat. Kedua dua itu adalah manusia biasa yang punya citarasa yang tidak boleh dinafikan pasti berbangga,kerana pas pusat sudah membelanya.
Bayangkan apabila PAS pusat duduk dibelakangnya. Ustaz Azizan Razak miskipun PAS Pusat ada dibelakangnya juga, tetapi ada sedikit sedeh apabila orang yang bercanggah pendapat dengannya diberi pembelaan.
Mereka bukan berada dizaman Nabi Mohammad SAW yang seratus peratus tunduk dan akur dengan keputusan yang dibuat.
Hari ini masing masing ada pandangan sendiri dan boleh berkata eh dan ah kepada pucuk kepimpinan parti.Hatta mursyidul am dan Presiden sekalipun.

Khamis, 15 Mac 2012

Pertapaan ........

assalamammualaikum...dah lama aku tak menulis dalam laman ini...bukan bererti aku behenti menulis...cumanya aku rehat panjang  untuk mencari sesuatu yang baru dalam laman ini....dalam pencarian itu banyak yang dijumpai namun tak kurang juga yang perlu ditempuhi....apa ynag aku temui akan aku jadikan ia sebagai pedoman dalam kehidupan ini....

Ahad, 5 Disember 2010

SATU PERJALANAN.......

Dalam perjalananku dari sana aku dikelilingi kegelapan namun cahaya yang menyinari mula ternampak dari kejauhan...aku teruskan perjalanan ini selama 9 bulan menghitung nasib yang mendatang...ketemui ujian dan halangan dengan penuh kesabaran dan masih berlegar adakah akan ku temui jalan pulang...perjalan ini diteruskan dan adakalanya ia terhenti bagi mengisi sesuatu yang menjadi akar kehidupan yang sukar hendak diceritakan....pejalanan tanpa henti menuju destani akhirnya aku tiba disuatu tempat yang begitu asing yang menjadi kejutan dan persoalan hingga kini namun aku rungkaikan sedikit demi sedikit dan aku masih mencari jawapannya......

Khamis, 17 Jun 2010

SUKMA - Bolasepak : Kedah kalah dengan gol di masa kecederaan.

Terengganu jumpa Selangor di akhir

Oleh AMRAN MULUP sukan@utusan.com.my

MELAKA - Seperti yang diramalkan penyandang juara, Terengganu menempah tempat ke perlawanan akhir acara bola sepak apabila menewaskan Kuala Lumpur 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Hang Tuah, semalam.Pertembungan ibarat buku bertemu ruas itu gagal menghadirkan sebarang gol menamatkan aksi 90 minit hingga memaksa perlawanan berlanjutan ke masa tambahan tetapi keputusan seri tanpa jaringan terus kekal hingga ke wisel penamat.Bagaimanapun, kecekapan penjaga gol Terengganu, Md. Sharmiza Yusoff menjadi penghalang apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti yang pertama diambil oleh Ahmad Hazwan Bakri ketika lima sepakan penalti disempurnakan dengan cemerlang oleh pemenang pingat emas dua tahun lalu.Kemenangan itu membolehkan Terengganu berdepan Selangor dalam perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Hang Tuah, malam esok.Pada perlawanan separuh akhir kedua pula, Selangor yang berhasrat untuk meleburkan kemarau 12 tahun tanpa pingat emas acara bola sepak terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menewaskan Kedah 1-0 untuk melangkah ke perlawanan akhir.Pemainnya Selangor, Fitri Syazwan Raduan muncul hero buat pasukannya apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan perlawanan hendak ditamatkan.Pengurus Selangor, Datuk Hamidin Mohd. Amin melahirkan rasa lega hajat untuk melihat skuad Merah Kuning melangkah ke perlawanan akhir menjadi kenyataan."Saya bangga pemain telah memberikan persembahan paling mantap dan terima kasih juga kepada Fitri Syazwan yang menjaringkan gol kemenangan untuk berdepan Terengganu dalam perlawanan akhir," katanya.Menurutnya, pertemuan dengan Terengganu dalam perlawanan akhir dijangka menarik kerana lawan merupakan pemenang pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu.Katanya, impian Selangor adalah untuk memenangi emas selepas kali terakhir merangkul pingat itu pada temasya yang berlangsung di tempat sendiri pada 1998.

Rabu, 16 Jun 2010

PAKATAN RAKYAT PERAK KENA LAGI....

Salam .....

Paku dulang...paku serpih ...kata orang kita yang lebih....

Baru tiga hari lepas Pakatan Rakyat membuat tohmahan kononnya ada ADUN BN yang akan melompat parti ke PR tp sebaliknya yang terjadi.Budaya temberang dalam Pakatan Rakyat masih tak habis-habis lagi rupanya.Semalam politik Perak digegarkan lagi apabila ADUN Malim Nawar daripada DAP, YB Keshvinder Singh mengisytiharkan keluar daripada DAP dan menjadi ADUN Bebas!...apa dah jadi ni ?alasannya  beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

Hijrah lagi le YB seorang ni..dah 12 YB dah jadi BEBAS....

Rasa-rasanya betullah kata Tun Mahathir ,ini masa yang sesuai untuk adakan PR13.Dah kalau kajian Merdeka Center mendapati sokongan pada YAB Dato' Seri Najib mencecah 70 peratus mak eloklah bubar sahaja Parlimen bagi membolehkan pilihanraya diadakan .Tun Mahathir berkata , di masa beliau dulu sokongan terhadap BN hanya 62 peratus saja. Dengan sokongan itu BN berjaya menguasai 2/3 kerusi di Parlimen maka tak mustahil BN boleh mendapat lebih dari 2/3 kerusi .

Hal ini pun jika dibiarkan boleh mencemarkan sistem demokrasi Negara kita yang mana bilangan yang melompat parti dah mula meningkat dan ia memberi kesan yang kurang baik ...

Fikirkan lah......apa kata anda pula

Selasa, 15 Jun 2010

MALAYSIA OH TANAHAIRKU....

Salam untuk semua.....

Aku bangga menjadi rakyat Malaysia tapi aku hairan dengan sikap pemimpin2 masakini yang hanya pandai bercakap dalam hal politik kepartian.Sekejab begini sekarang begini dan naik pening rakyat nak memahaminya dan bila berubah kepimpinan maka slogan pun berubah juga.Kita marah Israel tapi dalam masa sama kita ada kerjasama pula dengan mereka . Itu cara org politik bercakap atau memang nak cakap macam tu....kita julang mereka sebagai wira negara tp kita politikan untuk kepentingan diri ....kita marah tapi kita suka ia terjadi sebegitu. pelik tapi benar itu lah kepimpinanku .....aku sayang tapi pada masa sama aku marah dengan sikap mereka yang mengampu dan anda macam mana pula ?

komen anda ...........

Rabu, 9 Jun 2010

MODAL INSAN KUALITI.......

Dan tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Aku hendak menciptakan khalifah pada bumi”, mereka berkata: “Adakah Engkau mahu jadikan padanya makhluk yang akan berbuat bencana padanya dan akan menumpahkan darah? Padahal kami berbakti dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau”. Dia berfirman: “Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui”.
( Ayat 30 : Surah al-Baqarah)

Berdasarkan ayat tersebut kita akuinya bahawa betapa pentingnya modal insan dalam aspek pembangunan sesebuah negara tersebut yang mana akan mencorak halatuju negara...Jesteru itu wajarlah lah kita membentuk sahsiah diri kita menjadi contoh ikutan kepada agama lain barulah kita akan dihormati.
Dan kita perlu ingat tanpa modal insan berkualiti, Negara kita akan lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang menjadi pencetus kepada inisiatif baru dalam kegiatan sosioekonominya dan matlamat bagi merealisasikan Misi Nasional Kearah mencapai Wawasan 2020 akan gagal.
 
Jesteru itu kita sebagai modal insan yang berwawasan mestilah memilih benih yang baik untuk ditanam.Tuhan hanya menyediakan satu tempat sahaja sebagai kebun untuk bercucuk tanam dan DIA memberikan kepada kita satu peluang sahaja untuk mengusahakan ladangnya.Kebun tersebut adalah dunia dan peluang tersebut adalah hidup dalam dunia.Dan ingat tidak ada kebun lain dan tidak ada peluang lain.Pokok yang paling baik ditanam adalah pokok yang batangnya berdiri tegak,dahannya rukuk merendahkan diri dan julainya yang berat dengan buah sujud mencecah bumi dengan penuh kehambaan .Pokok yang baik mengeluarkan buah yang baik untuk kehidupan dunia dan ia terus berbuah didalam kubur.Di akhirat kelak buahnya akan memberikan kegembiraan yang abadi .


Isnin, 7 Jun 2010

Faktor Kekuatan Yahudi, Adakah faktor seperti itu ada pada Umat Islam Sekarang?

Menurut sejarawan terkenal Yahudi, Salo Wittmayer Baron, sebilangan mekanisma dari kewujudan Yahudi berkembang semasa abad penting di antara kejatuhan Israel dan kejatuhan Rom. Beliau menghuraikan sekurang-kurangnya lapan faktor yang menguatkan agama Yahudi dan masyarakat Yahudi.

1. Keimanan Mesianik. Kepercayaan dalam unggulnya hasil positif dan pemulihan Israel.

2. Doktrin Akhirat telah ditingkatkan perinciannya. Kepercayaan pada kehidupan selepas mati telah secara besar tidak diendahkan semasa zaman Biblikal. Kini ia dibincangkan lebih oleh pendeta. Ia menyelaraskan Yahudi dengan penderitaan di dunia ini dan membantu mereka menentang untuk menguasai.

3. Penderitaan telah memberi makna melalui penafsiran sejarah dan takdir Yahudi.

4. Doktrin syahid dan ketidaklepasan dari penindasan mengubah kedua-dua kepada sumber perpaduan.

5. Kehidupan harian Yahudi amat memuaskan. Walaupun hidup sepanjang tempoh empayar Rom dan empayar Parsi dan selanjutnya, Yahudi hidup dikalangan Yahudi. Dalam, amalan, pada jangka hayat, kebanyakan Yahudi didatangi penindasan terang-terangan hanya pada peristiwa dramatik yang sedikit. Mereka kebanyakannya hidup dibawah diskriminasi yang memberi kesan pada semua, dan iaitu mereka ditempatkan. Kehidupan harian telah diperintah oleh pembanyakan dari keperluan upacara, supaya Yahudi sentiasa berwaspada dari hubungan mereka dengan Tuhan sepanjang hari. “Untuk kebanyakan bahagian, beliau menjumpai liputan-semua cara hidup Yahudi yang sangat terkemukanya kepuasan bahawa mereka bersedia mengorbankan dirinya…untuk pemeliharaan dari fundamentalnya.” Rukun tersebut iaitu Yahudi sanggup mengorbankan nyawa mereka, seperti mengingkari penyembahan berhala, memakan khinzir, melakukan acara berkhatan iaitu bagi seorang paling tegas berpegang pada .

6. Polisi perkembangan dan pengasingan korporat dari empayar Rom dan empayar Parsi, membantu membuatkan organisasi komuniti Yahudi kuat.

7. Talmud memberikan kuasa yang sangat berkesan untuk mengekalkan etika, hukum dan budaya Yahudi, sistem kebajikan dan kehakiman yang baik hati, pendidikan universal, untuk mengembangkan dan mengekalkan yang kuat, penyayang dan berseksualnya kehidupan keluarga yang memuaskan, dan kehidupan keagamaan yang memuaskan dari lahir ke mati.

8. Penumpuan dari keramaian Yahudi didalam ‘kelas pertengahan lebih rendah’ mengekalkan kebaikan kelas pertengahan dari kawalan-diri seksual. Yahudi, tidak seperti budaya sekitar mereka, mengikuti laluan sederhana antara zahid dan kegasangan. Untuk Yahudi, perkahwinan membentuk asas kehidupan yang kuat dari segi etnik, dan etika.

Permusuhan hanya membantu mengukuhkan penyatuan Yahudi dan kekuatan dan komitmen dalaman.

Nota: Oleh itu untuk mengalahkan Yahudi kembalilah kepada Perjuangan Islam yang dibawa oleh Nabi Suci Muhamad saw secara praktikal dalam kehidupan, politik, ekonomi, ketententeraan, pendidikan, kemasyarakatan dan bernegara. Semuanya telah disediakan oleh Tuhan dan Nabinya namun kita yang telah mengalpakannya. Maka kita sering tewas dan mundur kebelakang, kerana masih berTuhankan manusia serta benda dari berTuhankan Allah pencipta Alam.

Salo Wittmayer Baron, Salo Baron (May 26, 1895, Tarnow Galicia - November 25, 1989, New York City) was an American historian ofPolish- Austrian Jewish ancestry and the most noted historian of the Jews of his generation. Baron taught atColumbia University from 1930 until his retirement in 1963.


Oleh Aris Awang

YAHUDI YANG DILAKNAT ALLAH...

Yahudi satu bangsa yang dilaknat Allah S.w.t ....apa bahasa yang boleh dilontarkan pada mereka melainkan mengutuk tindakan keganasan yang mereka lakukan. Bangsa yang kurang ajar dan hanya mengaku mereka sahaja yang hebat.

Hari ini sekali lagi dunia dikejutkan lagi dengan kekejaman mereka dari beratus-ratus kekejaman. seluruh dunia mengutuk tindakan Negara Israel (Yahudi ) dengan tindakan mereka namun apa yang dikesalkan ia hanya seketika dan selepas ini percayalah akan lebih banyak lagi tindakan mereka yang akan dibuat....selagi mana kita umat Islam tidak bersatu maka selagi itulah (yahudi) akan lebih berani tanpa rasa gerun terus menindas umat islam .

Khamis, 7 Mei 2009

"LIBERALISASI"

Satu ungkapan yang mudah namun nak melaksanakannya perlu kepada kesanggupan yang tulus dari hati yang ikhlas dan bukan dibuat-buat.Persoalanya ,adakah ia sebuah dedangan lagu lama yang diberi nafas baru.Apapun kita kena positif dan bukannya negatif dalam situasi global sekarang.

Apapun ia pasti berjaya jika niat untuk menjayakannya ada.Akan tetapi jika ia hanya untuk menjadikan sebagai latar atau percakapan yang lunak didengar ia ibarat kata-kata penyedap bicara bagi membutakan rakyat yang dahagakan perubahan .

Aku tinggalkan catatan ini untuk kita fikir bersama ,mana yang baik mahupun buruk dengan ungkapan "LIBERALISASI"

1)Liberalisasi Kewangan
2)Liberalisasi Penguaman

atau liberalisasi diri sendiri ,mana yang paling utama.....

Selasa, 5 Mei 2009

"SATU MALAYSIA"

Apa yang anda faham dengan slogan "SATU MALAYSIA"...cuba kita fikir bersama dan bertukar pandangan sesama kita tanpa rasa was-was.

Isnin, 23 Februari 2009

Ayat-ayat Cinta nyanyian Rossa

Semalam waktu dok menonton rancangan Tv ,sambil-sambil tu dok tukar siaran tv saya pun diakhirnya terdengar dendangan lagu yang bertajuk "AYAT-AYAT CINTA " nyanyian Rossa,penyanyi yang berasal dari Indonesia.
Lirik lagu tu memang sedap didengar dan ramai juga peminat yang menangis..apa yang saya nak katakan bukan Ayat-ayat Cinta tapi "AYAT-AYAT POLITIK " ,
memang hari ni ayat-ayat politik semakin hebat diperkatakan..macam-macam ada ..ada dok gila bertanding,lawan sana tikam sini,hentam sana sini.
yang pembangkang kena serang mankala disatu pihak lagi cuba bertahan sahaja...lopong sana-sini dah semakin teruk ,nak tampal pun dah tak sempat..cuma dok bertahan jer....
Betul leh kata Nobisha dalam blognya iaitu politik Malaysia macam cerita TOM & JERRY ..ada unsur kasih sayang, suka duka ,penipuan dan pelbagai pesepsi lagi yang boleh kita nilai sendiri..
ni kisah dua MB selangor pula ,satu bekas MB dan satu lagi MB yang baru memerintah ...yang ni nak bertanding Ketua Pemuda UMNO manakala seorang ni nak pertahankan pemerintahan..
sepatutnya masing-masing muhasabah diri dan bukan hanya bercakap pasal politik jer...pembangunan ekonomi macam mana pula ..sapa yang nak cakap !!!! takkan nak biar rakyat saja dok pikir sendiri..fikir-fikir lah...

Rabu, 18 Februari 2009

KETIKA.....PENYAMUN PUN SUDAH PANDAI.....

2 hari lepas saya balik kampung kat Jitra ..semasa kampung saya pi la rumah pak tam.Pi tanya khabar dan bersembang beberapa tajuk menarik..
Pak tam ni kira pandai juga la dalam hal politik dan juga tengok ketika ( kira macam firasat la) .saya pun tanya kat dia macam mana pilihanraya 2 bukit nanti sapa menang..? cuba tengok ketika hari tu...
Kemudian dia kata ,payah dah lanie nak tengok ketika ,sebab lanie semua orang dah pandai dah.penyamun nak menyamun pun tengok ketika jadi kita dok tengok lanie dah tak sesuai lagi...apa pun tidak mustahil bagi ALLAH tapi mustahil bagi kita insan biasa ni...
Sambungnya lagi,pokok pangkalnya kita kena kembali pada sifat 20 bagi ALLAH baru hidup kita selamat.
Hang tengok nanti pilihanraya 2 bukit tu mesti boleh kat PR sebab UMNO lanie dok sakit ,lagipun usia dia dah 50 tahun lebih (macam-macam penyakit dia hadapi ) manusia bila usia dia dah terlalu tua ,ada masanya dia jadi lupa (nyanyuk ) .pak tam bagi contoh kalau dulu orang lalu depan pokok besar ,tiba-tiba rebah ..orang tua-tua ambil kain tibai kat badan terus bangun balik (depa kata pintasan tapi yang sebenarnya angin ahmar ).
Ubat atau penawar segala penyakit ni memang ada ...cuma lambat dengan cepat sahaja kita jumpa...pak tam kata UMNO ibarat dah kena penyakit yang susah nak sembuh tapi boleh jadi sembuh kalau jumpa penawarnya..orang meluat pada pimpinan yang ada lanie yang tak sedar-sedar lagi...bila dah meluat depa pakat pi la cari klinik lain yang ada macam-macam ubat-ubatan campuran yang pelbagai jenama.
Tu lah kisah dengan Pak tam ,dan dia pesan lagi dunia rosak hari ini kerana tangan-tangan manusia yang menghancurkannya sendiri (ada disebut dalam Al-Quran ) dan UMNO akan hancur bukan sebab orang luar tetapi sebab orang dalam sendiri...itu sendiri mahu fikir la....

Ahad, 15 Februari 2009

Derhaka...derhaka....derhaka lagi !!!!!!!!!!!!!!!

Dalam perjalanan saya ketempat kerja ...aku dok pikiq apa yang nak dikongsi bersama bloger hari ini...
Pagi tadi aku dok sembang dengan member.aku pun aju soalan kat dia sapa yang menang pada Pilihanraya merebut 2 Bukit pada bulan april nanti ?
Katanya mengikut ramalan nujum pak belalangnya ,BN akan menang sebab tarikh kelender hijrah bulan tengah naik.logik dia kata macam 2 sebab 2 pilihanraya yang lalu bulan tengah turun jadi BN kalah leh....itu katanya ler bukan kata pengundi di kedua-dua bukit tu lagi...
itu ceritanya ,aku tak kisah ....yang penting topik derhaka hari ini ....sambil dok gurau dengan member tadi tersebut kisah HANG TUAH & HANG JEBAT .
Kalau lah Hang Jebat ada lagi sekarang tentu dia juga dituduh derhaka ,tak pun dia insaf tengok orang melayu hari lebih hebat dan berani lagi derhaka pada tuannya .
apa pun itu kisah Hang Jebat la..tapi ada masanya semangat dia kena ada juga ...peliknya bila jebat derhaka maka juak-juak yang menjadi Hang Tuah pun ramai juga mempertahankanya...baguslah kalau itu atas rasa tanggujawab dan insaf diri dan bukan kerana menjadi ikutan semasa sahaja.
orang kita ni sebab kalau bab nak meniru memang cukup hebat tapi kalau yang baik tu tak mau pula depa tiru.dok nak ambil yang tak elok aje....
persoalan pasai derhaka ini luas sebenarnya dan kalau nak dibicarakan macam2 teori atau pendapat kita boleh kupas..
yang sebenarnya kita semua ni kira banyak kali derhaka pada pencipta-NYA tanpa kita sedar..itu memang kita tak sedar-sedar lagi..fikirlah sendiri....mana yang dehaka insaf-insaf lah ..

Selasa, 10 Februari 2009

Ada yang tak kena !!!!!!!!!!!

apa dah jadi dengan keadaan politik sekarang...tak lama lagi pilihanraya Parlimen Bukit Gantang di Perak dan DUN Bukit Selambau di Ked
apa episod seterusnya...sama-sama kita saksikan.ni dengar kata ada lagi yang nak lompat parti di kedah..benar atau tak sama-sama kita tunggu dan lihat..kecelaruan politik yang berlaku sekarang memang dasyat dan dah macam cerita lawak.Ini yang dikatakan ''STRATEGI LAWAN STRATEGI'' akhirnya sama-sama rugi.Politik punya pasal keadaan jadi celaru.
BN dengan strateginya yang tersendiri manakala PR pun sama juga mengatur strategi.Umumnya mengetahui siapa yang betul dan salah.Persoalanya siapa yang memulakannya...masing2 menuding jari tanpa disedari...
Moralnya yang teruk akan mengundang pada bakal PM kerana PR akan mendapat kredit yang baik dan simpati masyarakat.Jika hal ini berterusan ,''lompat parti'' maka selagi itu sehingga PR13 keadaan tidak berubah...inilah kelemahan kita semua kerana asyik memikirkan politik sahaja tanpa mahu membuat perubahan...fikirkanlah!!!!!!

STRATEGI LAWAN STRATEGI

ASSALAMMUALAIKUM...
Sudah lama saya tidak menulis dan mengedit blog saya ...itu bukan bermakna saya dah lupa tetapi hanya melihat pandangan bloger2 setiap hari dan pelbagai peristiwa yang menarik berlaku sejak akhir-akhir ini...menariknya peristiwa dinegara kita mutakhir ini saban hari pelbagai isu yang dipersembahkan dan resepinya enak-enak belaka (kalau boleh makan la..)
Masing-masing ingin menyuarakan pendapat dan pandangan dari sudut yang berbeza ,namun begitu ia merupakan satu petanda suburnya permehatian masyarakat tehadap sesuatu pekara...dalam hal ini..bila mana orang bisu dah mula bercakap ,maka wajar pandangan mereka diambil kira.Dalam hal politik saya suka melihat mereka ini seperti permainan catur yang memerlukan strategi untuk menentang lawan dan ia perlu pemikiran yang waras serta pertimbangan yang wajar dalam membuat sesuatu keputusan supaya pemain tidak terjerat..
Saya tak nak mengulas pasal apa yang berlaku sekarang kerana semuanya telah diulas dengan baik oleh kita dan atas pertimbangan masing-masing sahaja yang boleh memutuskan sesuatu keadaan...Strategi yang hebat melawan strategi yang sama hebat akhirnya tidak membawa keuntungan kepada negara malahan ia merugikan sahaja.Sebaiknya strategi itu harus digabungkan untuk mendapat impak besar demi pembangunan Negara...saudara fikirkan caranya jika kita hanya asyik bercerita pasal politik sahaja tanpa mahu mengajak semua masyarakat memantapkan jatidiri dan pembangunan ekonomi masyarakat.
Saudara pembaca semua ,saya tinggalkan persoalan ini untuk kita fikirkan jalan penyelesainya bersama dan nantikan sambungannya ........

Khamis, 22 Januari 2009

orang cerdik yang bebal..!!!!!!!!!!!!!!

Pemimpin hari ni kalau bercakap atau bertindak ikut sedap hati mereka saja tanpa fikir panjang...aku dulu respect juga kat zahid ni...tapi bila orang yang jaga agama jadi pemecah masyarakat ...aku jadi meluat...

adakalanya bila kita cerdik kita jadi bebal yang menyusahkan orang lain dan juga parti sendiri...kalau nak tunjuk pandai pun tengok-tengok la tempatnya....betul la kata mukriz UMNO kena buat rombakan besar-besaran supaya ia menjadi parti yang releven dan bukannya menjadi barang antik yang disimpan aje....

kalau masih bercakaran sesama sendiri ,macam mana nak memimpin negara.fikir2 lah sendiri....lu fikir sendiri la.....ni satu lagi ada juga JKKP yang gila kuasa pun satu masalah juga ...konon bila ditanya nak membantu masyarakat...tapi akhirnya menjadi duri dalam daging....gunting dalam lipatan....

Isnin, 12 Januari 2009

PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN PENGLIBATAN BELIA

Rancangan Malaysia Kesembilan , adalah rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memancu Misi Nasional kearah mencapai Wawasan 2020. Rancangan ini merupakan kesinambungan perancangan Kerajaan membentuk sebuah Negara yang maju ekonominya, seimbang pembangunan sosialnya , memiliki warga yang bersatu padu , berbudaya , berpekerti mulia, berkemahiran , berfikiran maju dan berpandangan jauh…..

. Dato’ Seri Abdullah Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia ( Tarikh 31 Mac 2006 di Dewan Rakyat semasa pembentangan usul mengenai RMK9)


Rakyat adalah asset paling berharga. Pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran warga merupakan salah satu cabaran terbesar.

Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan , jika kita mahu menjadi Negara maju dan kekal pada tahap tersebut. Pembangunan modal insan harus diutamakan. Dalam konteks dunia global, modal insane bermutu tinggi adalah satu keperluan , bukan lagi satu kemewahan.

Usaha membangunkan modal insan berkualiti akan digiatkan. Pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistic, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan dan juga pembudayan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi.

Inilah yang dikatakan modal insan kelas pertama. Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama akan dilaksanakan.

1. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan
2. Memperkukuhkan keupayaan sains , R&D dan inovasi
3. Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral


SUMBER : RMK9 –MEMBINA TAMADUN MENJULANG MARTABAT NEGARA : m/s 27 & 28 (Teras KeduaRMK9 )

Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada saudara saudari yang turut bersama-sama dengan saya bagi memberi komen yang berguna bagi saya untuk memperkemaskan penulisan ini. Saya percaya dalam membentangkan tajuk ini , kita akan menilai sesuatu itu samada negative ataupun positif. Walau dari arah mana sekali kita melihat anjakan perubahan mesti dilakukan demi mencapai budaya bangsa Malaysia yang Cermelang , gemilang dan Terbilang . Persoalan-persoalan yang akan dilontarkan nanti memungkinkan kebijaksanaan kita untuk menerima atau membiarkan sahaja ia terbuang dan menjadi racun pada generasi demi generasi yang akan datang. Persoalan yang diutarakan bukan menandakan atau sikap membenci kepada belia namun tidak lebih memberi cadangan dari seorang abang kepada adik-adik yang dikasihi. Ini kerana jauh disudut hati ini, ingin melihat kejayaan seorang adik dalam membina indentiti Agama Islam, Bangsa dan Negaranya kearah kejayaan .

Saudara Saudari yang dikasihi......

Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a khadam Rasulullah S.A.W dari Nabi S.A.W, sabdanya : " Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya. "
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Berdasarkan hadis tersebut , tidak salah kiranya sebagai hamba-NYA membantu seberapa yang terdaya kepada saudaranya yang memerlukan pertolongan walaupun tidak diminta berbuat demikian tapi atas sifat tanggujawab sesame insan.
Menurut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, katanya ; “ Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur ‘ baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”.
Sumber : Minda Madani Online-www.abim.org.my

Jesteru itu sebagai Umat Melayu belia Muslim hari ini bukan lagi hanya menjadi penonton atau pemain simpanan sahaja tetapi haruslah bersiap sedia untuk menjadi pemain utama dalam memacu umat untuk memimpin tamadun dunia dan menjadi umat contoh , terutamanya pada masa sekarang di,mana imej dan citra agama Islam digambarkan dalam keadaan yang buruk. Gambaran suram wajah Islam hari ini semestinya diperbetulkan melalui kekuatan peribadi, intelek, ekonomi, pemikiran, kebudayaan generasi muda pada hari ini.Apa yang pentingnya sebagai generasi pelapis negara terutamanya kita mesti merebut setiap peluang yang ada disini dan jangan kita menjadi malu mahupun segan untuk melakukan perubahan untuk diri kita.

Peranan generasi muda sememangnya terserlah dalam sejarah manusia itu sendiri. Golongan mudalah yang menjadi pelopor kepada suatu kebangkitan dan menjadi penggerak kepada arus perdana perubahan masyarakat. Dalam sejarah perkembangan Islam, sejak ia bermula bertapak di Mekah sehingga berkembang ke Madinah, golongan mudalah yang banyak memainkan peranan utama seperti sahabat Rasulullah SAW yang setia berjuang dan berjihad menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Dan lihatlah nama-nama besar seperti Saidina Ali, Saidina Osman, Abdul Rahman bin Auf, Ibnu Zubair, Ibnu Abbas dan ramai lagi sahabat-sahabat yang menjadi pendokong utama dan jentera penggerak pembinaan ketamadunan Islam. Sejarah juga pernah menyaksikan ketangkasan Usamah bin Zaid yang berusia 18 tahun memimpin satu bala tentera untuk menyerang kerajaan Rom dan Kehebatan Muhammad Al Fateh membuka Kota Istanbul ( Konstantinopal ) ketika berusia 21 tahun.

Dan tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Aku hendak menciptakan khalifah pada bumi”, mereka berkata: “Adakah Engkau mahu jadikan padanya makhluk yang akan berbuat bencana padanya dan akan menumpahkan darah? Padahal kami berbakti dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau”. Dia berfirman: “Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui”. ( Ayat 30 : Surah al-Baqarah )
Berdasarkan ayat tersebut maka terbukti setiap manusia yang dilahirkan dimuka bumi ini adalah sebagai Khalifah ataupun pemimpin , tak kira sama ada sebai pemimpin negara , masyarakat, keluarga ,pertubuhan mahu pun sebagainya.Jesteru itu jangan kita leka terutamanya kita yang belia ini untuk memajukan kehidupan kita didunia mahupun akhirat.

Dalam RMK9 telah dinyatakan kepada umum dimana belia merupakan aset,sumber berharga negara, ini kerana anda semua yang akan mewarisi pimpinan dan meneruskan halatuju Misi Nasional dan Wawasan 2020., dan anda semua yang berada di dewan ceramah ini merupakan sebahagian dari para belia di Negara kita.Hal ini telah dinyatakan secara nyata dalam RMK9 teras kedua dalam bab ’Memupuk Masyarakat Berbudaya dan Memiliki Kekuatan Moral’ dalam aspek ’Memperkasa Belia Dan Wanita’.

Cabaran kritikal yang perlu dihadapi dan perlu ditangani adalah sikap segelitir belia di sini yang tidak bersedia menyertai sektor-sektor kerja di paras rendah, keadaan ini memaksa kemasukan pekerja luar untuk mengantikan keperluan pekerjaan di Negara kita. Ini merupakan satu masalah sosial baru. Dan bagi keadaan ini kerajaan sedang dan telah menyusun program yang mana akan merangkumi pembinaan sahsiah diri serta penerapan Nilai-nilai murni yang mungkin akan dapat mengubah paradigma minda dan sikap belia ataupun remaja terhadap pekerjaan.

Seorang pemikir dan penyair terkenal Mesir, Ahmad Syauki pernah bermadah : “ Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana akhlaknya, jika rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang”.
( Sumber : Minda Madani Online-www.abim.org.my )

Hebat betul kata-kata penyair itu , maka kita sebagai belia sewajarnya dapat memahaminya dengan kaedah yang terancang dan seiring dengan keperluan kita. Dalam hal ini bagaimana kita akan memberi sumbangan serta melibatkan diri untuk menjayakan RMK9.

Peranan golongan muda dalam Al Quran dirakamkan dalam episod pemuda-pemuda kahfi yang bersikap berani mempertahankan akidah dari seorang raja yang zalim.Firman Allah SWT dalam surah al Kahfi 18 : 13 - 14, Terjemahannya :“ Kami ceritakan kisah mereka ( Ashabul kahfi ) kerana keredaanmu ( Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami telah tambahkan kepada mereka petunjuk dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata ;” Tuhan kami adalah Tuhan selain Dia, Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkam perkataan yang amat jauh dari kebenaran.

Jesteru itu , sebagaimana yang dirakam dalam terjemahan ayat tersebut maka sewajarnya anda semua mempunyai keazaman dan keteguhan seperti Ashabul kahfi yang dapat melalui pelbagai rintangan demi mempertahankan keimanan mereka. Dalam arus kemodenan dan kemajuan dunia global tanpa sempadan hari ini, banyak berlaku kebanjiran dan limpahan budaya negatif dan rosak yang melanda negara di seluruh dunia. Warga belia hari ini bukan sahaja terdedah kepada masalah penyalahgunaan dadah yang semakin meruncing, tetapi mereka juga semakin diresapi budaya hedonisme – suka berpoya-poya dan berhibur dengan keterlaluan, terjebak dalam amalan seks bebas ( berzina ), ketagih rokok, judi, arak, bahan porno ( lucah ) dan sms dan banyak lagi masalah sosial yang cukup membimbangkan kita.

Oleh itu sebagai seorang belia yang berwawasan mestilah memilih benih yang baik untuk di tanam. Tuhan hanya menyediakan satu tempat sahaja sebagai kebun untuk bercucuk tanam. Tuhan memberikan kepada manusia satu peluang sahaja untuk mengusahakan ladangnya. Kebun tersebut adalah dunia dan peluang tersebut adalah hidup di dalam dunia ini. Tidak ada kebun lain dan tidak ada peluang lain. Pokok yang paling baik ditanam adalah pokok yang batangnya berdiri tegak, dahannya rukuk merendahkan diri dan julainya yang berat dengan buah sujud mencecah bumi dengan penuh kehambaan. Pokok yang baik mengeluarkan buah yang baik untuk kehidupan dunia dan ia terus berbuah di dalam kubur. Di akhirat kelak buahnya akan memberikan kegembiraan yang abadi.

Sebagai contoh ,tanyakanlah kepada jutawan dunia, Bill Gates dan ramai lagi, dari mana datangnya kejayaan mereka sekarang? Tentu mereka akan berkata, itulah zaman muda kami dahulu yang mana kami taruhkanya untuk melihat dan merasai apa yang kami cita-citakan suatu masa nanti. Kerana potensi yang ada pada orang muda, Musollini di Itali, Hitler di Jerman, bangkit untuk memimpin bangsa mereka dalam jangka masa yang singkat. Satu dunia bergegar dengan laungan yang mereka perjuangkan, hinggakan berlaku peperangan besar di dalam dunia yang mengorbankan jutaan manusia. Mereka melaungkan revolusi perubahan, dengan gagasan dan landasan yang padu yang mereka gariskan, demi mencapai apa yang mereka impikan.
Kerana pemuda yang subur fikrah Karl Max itu juga, peta dunia mampu untuk di lakar semula.(sumber :www.dakwah.info )

Saudara Saudari yang dikasihi.....

Rancangan Malaysia Ke-9 merupakan program yang sangat besar maknanya yang bermula dari tahun 2006 hingga 2010. Dan anda semua para belia sewajarnya menjayakannya . Ini kerana kita akan dapat mengenal pasti apa yang telah kita capai dan elemen-elemen kelemahan yang perlu diperbaiki yang mana seterusnya bagi meletakkan kita di landasan perjalanan menjelang 2020.

  FALSAFAH DAN PRINSIP ASAS PERUBATAN MELAYU MENYANTUNI KESIHATAN MENTAL Permadangan  sebuah Kampung (Gambar Hiasan ) Di sebuah kampung yang...