Selasa, 11 November 2025

 FALSAFAH DAN PRINSIP ASAS PERUBATAN MELAYU MENYANTUNI KESIHATAN MENTAL

Permadangan  sebuah Kampung (Gambar Hiasan )


Di sebuah kampung yang tenang, di bawah rimbunan pohon kelapa dan deruan angin sawah, masih kedengaran doa dan jampi lembut seorang bidan tua. Suaranya perlahan, penuh makna, seolah-olah menyatu dengan alam. Begitulah wajah sebenar perubatan Melayu — bukan sekadar menyembuh, tetapi satu seni kehidupan yang menghubungkan manusia dengan Penciptanya.

Sejak zaman nenek moyang, orang Melayu sudah mengenal erti kesihatan bukan hanya pada tubuh yang kuat, tetapi juga pada jiwa yang tenang. Mereka percaya bahawa setiap penyakit datang bukan semata-mata kerana jasad yang lemah, tetapi kerana roh yang terganggu, atau emosi yang tidak seimbang. Maka apabila seseorang jatuh sakit, ubatnya bukan hanya dari akar kayu atau daun hutan, tetapi juga dari doa, zikir dan keyakinan kepada Tuhan.

Perubatan Melayu berakar pada satu falsafah yang indah — keseimbangan antara jasad, roh dan akal. Bagi mereka, kesihatan tidak boleh dipisahkan daripada keimanan dan hubungan dengan alam. Herba yang tumbuh di hutan bukan sekadar tumbuhan biasa; ia dianggap ciptaan Allah yang penuh hikmah, diciptakan untuk menjadi ubat kepada manusia yang tahu mencari dan mensyukurinya.

Bidan, bomoh, pawang dan tabib bukan hanya penyembuh. Mereka adalah penjaga keseimbangan masyarakat, penghubung antara manusia dengan alam. Dalam setiap bacaan doa dan tiupan lembut mereka, tersembunyi keyakinan bahawa penyembuhan datang bukan dari tangan manusia, tetapi dari izin Tuhan yang Maha menyembuhkan.


Menariknya, falsafah Perubatan Melayu turut menekankan bahawa mencegah lebih baik daripada mengubat. Orang tua dahulu selalu berpesan, “jangan makan berlebihan, jangan simpan marah, jangan biar hati kotor.” Kerana bagi mereka, penyakit tidak hanya datang dari makanan, tetapi juga dari emosi dan hati yang tidak dijaga. Ubat sebenar ialah ketenangan — apabila jasad, akal dan roh hidup dalam harmoni.

Namun, dunia kini semakin berubah. Teknologi dan perubatan moden berkembang pesat, tetapi dalam kehebatan itu, ramai yang kembali mencari nilai-nilai lama yang pernah ditinggalkan. Ramai mula menyedari bahawa tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan mesin dan ubat moden. Ada penyakit yang hanya dapat dirawat melalui keinsafan, doa, atau sentuhan halus seorang pengamal tradisional.

Penyakit seperti santau, saka, badi, atau terkena buatan orang mungkin sukar difahami dengan logik sains, tetapi dalam masyarakat Melayu, ia dipercayai wujud dan memerlukan rawatan tradisional. Bomoh dan pawang bukan sekadar mengubati, tetapi membantu mengembalikan keseimbangan jiwa yang terganggu — sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh jarum suntikan atau ubat hospital.

Kini, perubatan Melayu kembali dihargai, bukan sebagai tinggalan lama, tetapi sebagai khazanah bangsa yang menyatukan ilmu, iman dan alam. Dalam setiap jampi dan ramuan, terselit nilai kasih sayang, kesederhanaan, dan penghargaan terhadap kehidupan.

Sesungguhnya, falsafah Perubatan Melayu mengajar kita bahawa kesihatan bukan hanya ketiadaan penyakit, tetapi hadirnya ketenangan, kesejahteraan dan keharmonian dalam diri. Apabila roh tenang, akal waras, dan tubuh seimbang — di situlah letaknya erti sihat yang sebenar.

 GENERASI MUDA: CELIK ILMU, GELAP ADAB

Orang muda sering melaungkan kata, “Kami lah pemimpin masa depan.” Namun persoalan besar yang perlu direnung ialah — adakah generasi muda hari ini benar-benar bersedia untuk memimpin dengan akal yang bijak dan jiwa yang beradab?

Perbandingan antara generasi lama dan sekarang nyata berbeza. Dahulu, kehidupan sederhana membentuk disiplin dan nilai hormat yang tinggi. Hari ini, kemajuan teknologi dan kebebasan tanpa batas menjadikan segelintir anak muda semakin hilang arah.

Sekolah seharusnya menjadi tempat melahirkan insan bijak pandai, bukan tempat menanam benih sampah masyarakat. Ibu bapa menghantar anak ke sekolah dengan harapan mereka dibentuk menjadi manusia berguna, namun kini wujud segelintir ibu bapa yang menjadikan anak mereka tuan besar — sukar ditegur, sukar dididik, dan sukar dibentuk.

Mengapa pelajar sekolah hari ini semakin lemah dari segi disiplin dan moral?

Kerana mereka terlalu bebas. Sekolah mempunyai peraturan, namun apabila pelajar melanggar disiplin, ramai yang takut untuk menegur. Malah, setiap kali guru cuba mendidik dengan hukuman wajar, ada ibu bapa yang bangkit mempertikai, membuat aduan, atau lebih teruk — membawa isu ke mahkamah.

Inilah punca utama keruntuhan nilai dalam kalangan pelajar. Mereka membesar tanpa teguran, tanpa sempadan, tanpa rasa hormat terhadap guru dan ilmu. Maka tidak hairanlah mengapa pelbagai isu sosial timbul — buli, rogol, pergaduhan, malah pembunuhan di usia muda.


Cuba kita tanya diri — berapa ramai lagi murid perlu menjadi mangsa sebelum kita sedar?

Bagi ibu bapa yang lahir pada tahun 70-an dan 80-an, hanya segelintir yang pernah dirotan, namun mereka mengerti maksudnya. Rotan bukan simbol kebencian, tetapi tanda kasih untuk mendidik. Ironinya, generasi ibu bapa inilah yang kini paling takut anak mereka dirotan, seolah-olah teguran adalah satu kesalahan besar.

Bezanya, didikan orang tua dahulu keras namun penuh nilai. Mereka menekankan adab, maruah, dan tanggungjawab. Ibu bapa kini pula terlalu memanjakan anak-anak, menuruti setiap kehendak, bahkan menjadikan kejayaan anak sebagai tontonan media sosial — seolah-olah nilai sebenar kejayaan hanya pada pujian dan “likes”.

Ibu bapa dahulu juga bangga dengan kejayaan anak-anak, tetapi tidak menunjuk-nunjuk. Mereka lebih mengutamakan keperibadian daripada kemegahan. Kerana mereka tahu, kejayaan sebenar bukan pada sijil atau anugerah, tetapi pada akhlak dan budi yang kekal sepanjang hayat.

Masyarakat hari ini perlu kembali kepada asas — adab sebelum ilmu, disiplin sebelum kebebasan, dan kasih sayang sebelum kemarahan.

Jika generasi muda dibiarkan tanpa teguran, tanpa panduan, mereka akan membesar menjadi manusia yang celik teknologi tetapi buta nilai kemanusiaan.

Sudah tiba masanya kita berhenti menyalahkan guru, berhenti menutup kesalahan anak, dan mula melihat cermin diri sendiri. Tugas membina bangsa bukan di bahu sekolah semata-mata, tetapi di setiap rumah, di setiap keluarga, dan di setiap hati yang ingin melihat perubahan.

Kita tidak akan mampu melahirkan pemimpin masa depan yang hebat, jika hari ini kita gagal membentuk anak-anak yang beradab.

 "ADAB & ILMU YANG MANA PENTING"

Umum selalu berbicara soal adab dan ilmu yang mana menjadi Keutamaan dalam hidup. Ilmu merupakan satu bentuk pembelajaran yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Manakala adab adalah satu Etika akhlak yang memaparkan keperibadian seseorang individu.

Kedua-dua pekara ini saling berkaitan kerana ia akan mewujudkan suasana yang harmoni dikalangan masyarakat atau sesuatu tamadun manusia.

Jika difikirkan, IBLIS lagi berilmu, namun ia juga makluk yang dilaknat Allah dan dihumban ke dalam Neraka. Hal ini kerana "ADAB" Iblis tidak ada sama sekali apabila Allah memerintah supaya bersujud kepada Nabi Adam dan Iblis enggan serta ingkar kerana merasa ILMUNYA sangat tinggi.


ADAB DAN ILMU: CERMILAN NILAI INSAN

Dalam kehidupan manusia, dua perkara sering menjadi perbincangan dan renungan — adab dan ilmu. Kedua-duanya bukan sekadar elemen pelengkap dalam diri insan, tetapi merupakan dua tiang utama yang menentukan jatuh bangunnya sesuatu peribadi, bangsa, dan tamadun.

Ilmu ialah cahaya yang menerangi kegelapan kejahilan. Ia membuka pintu kefahaman terhadap dunia dan kehidupan, mengajar manusia mengenal hakikat sesuatu perkara, serta membezakan antara benar dan salah. Namun, ilmu semata-mata tanpa panduan adab tidak ubah seperti pedang di tangan orang gila — tajam tetapi membinasakan.

Adab pula adalah hiasan diri, cerminan akhlak, dan pantulan jiwa yang tenang. Adab melatih manusia berfikir sebelum bertindak, menghormati sebelum menegur, dan merendah diri walaupun memiliki ilmu yang tinggi. Orang yang beradab tidak sombong dengan pengetahuan, kerana dia tahu bahawa segala ilmu itu hanyalah pinjaman daripada Allah, bukan milik mutlak dirinya.

Apabila adab dan ilmu digabungkan, maka lahirlah insan yang bukan sahaja cerdik akalnya, tetapi juga mulia budi pekertinya. Masyarakat yang membina tamadun besar dalam sejarah — seperti tamadun Islam di Andalusia dan Baghdad — bukan sekadar kaya dengan ilmu, tetapi juga subur dengan adab dan nilai kemanusiaan.

Namun, jika direnungkan, Iblis juga makhluk yang berilmu. Ia mengenal Allah, malah pernah hidup dalam kalangan malaikat yang suci. Tetapi ketika Allah memerintahkannya untuk sujud kepada Nabi Adam, Iblis enggan dan ingkar. Kesombongan dan rasa hebat terhadap ilmu yang dimiliki menyebabkan ia lupa adab sebagai hamba. Dari situlah bermulanya kehancuran — bukan kerana kurang ilmu, tetapi kerana hilangnya adab terhadap Pencipta.

Inilah peringatan yang harus direnungi oleh setiap manusia. Semakin tinggi ilmu seseorang, semakin besar tanggungjawabnya untuk menjaga adab. Ilmu yang benar akan melahirkan sifat tawaduk, bukan sombong. Adab pula menjadi benteng yang mengawal ilmu agar tidak disalahgunakan.

Sesungguhnya, ilmu membawa manusia ke puncak kejayaan dunia, tetapi adab membimbingnya menuju keredaan Tuhan. Tanpa adab, ilmu menjadi racun yang memusnahkan jiwa. Dengan adab, ilmu menjadi cahaya yang menerangi hati dan kehidupan.

Selasa, 17 April 2012

BEGINILAH.....NASIB SEORANG PEMIMPIN.......



beginilah sikap pemimpin yang dulu pernah dijulang dalam kerajaan namun sekarang menikam tuannya sendiri....wahai pemimpin yang ada dan yang akan datang....ingat sewaktu anda diatas anda dibelai , dipuja bagaikan tiada penganti ...namun bila anda keseorangan anda biarkan diri anda menelan ...menghisap kembali ludah ...nanah ...muntah yang telah anda keluarkan dahulu....fikir-fikirkan lah wahai bakal pemimpin......

.: Ranyai Sabtu (UBN)

.: Ranyai Sabtu (UBN)

Khamis, 22 Mac 2012

Pemerintah BN yang bangang - Hutang sampai tinggai nyawa ikan pun masih kata OK...



Hutang negara kini pada paras 53% KDNK
Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin.

NONE"Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.
Memetik rekod kewangan 2008 dan seterusnya yang mempamerkan peningkatan hutang dari tahun ke tahun, Saifuddin mendakwa bahawa trend peningkatan hutang akan menyaksikan negara berhutang sehingga 100 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Had kami adalah pada 55 peratus. Jika kita tidak cecah 55 peratus, maka kita tidak akan capai100 peratus," kata Awang Adek sambil menambah sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, mereka tidak akan membenarkan perbelanjaan dan pinjaman melebihi had yang ditetapkan.

Bukan mudah untuk selesaikan kemelut Kerajaan PAS Kedah

Oleh: anaabdullah

" NONERamai orang PAS Terengganu tanya saya pasal kemelut yang berlaku di Kedah yang dikatakan sudah seelesai itu.

Bagi penulis, bukan mudah untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku itu.Lebih lebih lagi dua orang exco salah seorang pernah disebut sebut akan dilantik sebagai menteri besar bagi mengganti ustaz Azizan Razak.

Ustaz Azizan Razak sepanjang yang penulis kenal, tak mudah tunduk dan akur dengan keputusan Pas Pusat yang cuba memasukkan semula senarai nama untuk dilantik sebagai exco.
Demikian juga dua orang exco yang tidak akan mengalah dengan tuntutan dan kehendak masing masing.
Kita sedia maklum kemelut yang berlaku berpunca daripada ketidakserasian pendapat yang masing masing ada hujah dan mempertahankannya.
Inilah benda yang membuat kemelut kerajaan PAS Kedah tak boleh selesai miskipun sesetengah mengatakan ia sudah selesai.
Penulis setuju "selesai" itu hanya diatas kertas sepertimana yang diputuskan oleh mesyuarat Pas Pusat baru baru ini.
Keputusan yang dibuat oleh PAS pusat itu kurang bijaksana, kerana dua orang exco tersebut sudah menolak dari dilantik semula.
Sangat tidak wajar memasukkan senarai orang yang sudah menolak dilantik semula itu.Bayangkan perasaan dua exco yang menolak dilantik semula tiba tiba PAS pusat buat keputusan mesti dilantik semula.
Dua orang exco itu bukan malaikat. Kedua dua itu adalah manusia biasa yang punya citarasa yang tidak boleh dinafikan pasti berbangga,kerana pas pusat sudah membelanya.
Bayangkan apabila PAS pusat duduk dibelakangnya. Ustaz Azizan Razak miskipun PAS Pusat ada dibelakangnya juga, tetapi ada sedikit sedeh apabila orang yang bercanggah pendapat dengannya diberi pembelaan.
Mereka bukan berada dizaman Nabi Mohammad SAW yang seratus peratus tunduk dan akur dengan keputusan yang dibuat.
Hari ini masing masing ada pandangan sendiri dan boleh berkata eh dan ah kepada pucuk kepimpinan parti.Hatta mursyidul am dan Presiden sekalipun.

Khamis, 15 Mac 2012

Pertapaan ........

assalamammualaikum...dah lama aku tak menulis dalam laman ini...bukan bererti aku behenti menulis...cumanya aku rehat panjang  untuk mencari sesuatu yang baru dalam laman ini....dalam pencarian itu banyak yang dijumpai namun tak kurang juga yang perlu ditempuhi....apa ynag aku temui akan aku jadikan ia sebagai pedoman dalam kehidupan ini....

Ahad, 5 Disember 2010

SATU PERJALANAN.......

Dalam perjalananku dari sana aku dikelilingi kegelapan namun cahaya yang menyinari mula ternampak dari kejauhan...aku teruskan perjalanan ini selama 9 bulan menghitung nasib yang mendatang...ketemui ujian dan halangan dengan penuh kesabaran dan masih berlegar adakah akan ku temui jalan pulang...perjalan ini diteruskan dan adakalanya ia terhenti bagi mengisi sesuatu yang menjadi akar kehidupan yang sukar hendak diceritakan....pejalanan tanpa henti menuju destani akhirnya aku tiba disuatu tempat yang begitu asing yang menjadi kejutan dan persoalan hingga kini namun aku rungkaikan sedikit demi sedikit dan aku masih mencari jawapannya......

Khamis, 17 Jun 2010

SUKMA - Bolasepak : Kedah kalah dengan gol di masa kecederaan.

Terengganu jumpa Selangor di akhir

Oleh AMRAN MULUP sukan@utusan.com.my

MELAKA - Seperti yang diramalkan penyandang juara, Terengganu menempah tempat ke perlawanan akhir acara bola sepak apabila menewaskan Kuala Lumpur 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Hang Tuah, semalam.Pertembungan ibarat buku bertemu ruas itu gagal menghadirkan sebarang gol menamatkan aksi 90 minit hingga memaksa perlawanan berlanjutan ke masa tambahan tetapi keputusan seri tanpa jaringan terus kekal hingga ke wisel penamat.Bagaimanapun, kecekapan penjaga gol Terengganu, Md. Sharmiza Yusoff menjadi penghalang apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti yang pertama diambil oleh Ahmad Hazwan Bakri ketika lima sepakan penalti disempurnakan dengan cemerlang oleh pemenang pingat emas dua tahun lalu.Kemenangan itu membolehkan Terengganu berdepan Selangor dalam perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Hang Tuah, malam esok.Pada perlawanan separuh akhir kedua pula, Selangor yang berhasrat untuk meleburkan kemarau 12 tahun tanpa pingat emas acara bola sepak terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menewaskan Kedah 1-0 untuk melangkah ke perlawanan akhir.Pemainnya Selangor, Fitri Syazwan Raduan muncul hero buat pasukannya apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan perlawanan hendak ditamatkan.Pengurus Selangor, Datuk Hamidin Mohd. Amin melahirkan rasa lega hajat untuk melihat skuad Merah Kuning melangkah ke perlawanan akhir menjadi kenyataan."Saya bangga pemain telah memberikan persembahan paling mantap dan terima kasih juga kepada Fitri Syazwan yang menjaringkan gol kemenangan untuk berdepan Terengganu dalam perlawanan akhir," katanya.Menurutnya, pertemuan dengan Terengganu dalam perlawanan akhir dijangka menarik kerana lawan merupakan pemenang pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu.Katanya, impian Selangor adalah untuk memenangi emas selepas kali terakhir merangkul pingat itu pada temasya yang berlangsung di tempat sendiri pada 1998.

Rabu, 16 Jun 2010

PAKATAN RAKYAT PERAK KENA LAGI....

Salam .....

Paku dulang...paku serpih ...kata orang kita yang lebih....

Baru tiga hari lepas Pakatan Rakyat membuat tohmahan kononnya ada ADUN BN yang akan melompat parti ke PR tp sebaliknya yang terjadi.Budaya temberang dalam Pakatan Rakyat masih tak habis-habis lagi rupanya.Semalam politik Perak digegarkan lagi apabila ADUN Malim Nawar daripada DAP, YB Keshvinder Singh mengisytiharkan keluar daripada DAP dan menjadi ADUN Bebas!...apa dah jadi ni ?alasannya  beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

Hijrah lagi le YB seorang ni..dah 12 YB dah jadi BEBAS....

Rasa-rasanya betullah kata Tun Mahathir ,ini masa yang sesuai untuk adakan PR13.Dah kalau kajian Merdeka Center mendapati sokongan pada YAB Dato' Seri Najib mencecah 70 peratus mak eloklah bubar sahaja Parlimen bagi membolehkan pilihanraya diadakan .Tun Mahathir berkata , di masa beliau dulu sokongan terhadap BN hanya 62 peratus saja. Dengan sokongan itu BN berjaya menguasai 2/3 kerusi di Parlimen maka tak mustahil BN boleh mendapat lebih dari 2/3 kerusi .

Hal ini pun jika dibiarkan boleh mencemarkan sistem demokrasi Negara kita yang mana bilangan yang melompat parti dah mula meningkat dan ia memberi kesan yang kurang baik ...

Fikirkan lah......apa kata anda pula

Selasa, 15 Jun 2010

MALAYSIA OH TANAHAIRKU....

Salam untuk semua.....

Aku bangga menjadi rakyat Malaysia tapi aku hairan dengan sikap pemimpin2 masakini yang hanya pandai bercakap dalam hal politik kepartian.Sekejab begini sekarang begini dan naik pening rakyat nak memahaminya dan bila berubah kepimpinan maka slogan pun berubah juga.Kita marah Israel tapi dalam masa sama kita ada kerjasama pula dengan mereka . Itu cara org politik bercakap atau memang nak cakap macam tu....kita julang mereka sebagai wira negara tp kita politikan untuk kepentingan diri ....kita marah tapi kita suka ia terjadi sebegitu. pelik tapi benar itu lah kepimpinanku .....aku sayang tapi pada masa sama aku marah dengan sikap mereka yang mengampu dan anda macam mana pula ?

komen anda ...........

Rabu, 9 Jun 2010

MODAL INSAN KUALITI.......

Dan tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Aku hendak menciptakan khalifah pada bumi”, mereka berkata: “Adakah Engkau mahu jadikan padanya makhluk yang akan berbuat bencana padanya dan akan menumpahkan darah? Padahal kami berbakti dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau”. Dia berfirman: “Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui”.
( Ayat 30 : Surah al-Baqarah)

Berdasarkan ayat tersebut kita akuinya bahawa betapa pentingnya modal insan dalam aspek pembangunan sesebuah negara tersebut yang mana akan mencorak halatuju negara...Jesteru itu wajarlah lah kita membentuk sahsiah diri kita menjadi contoh ikutan kepada agama lain barulah kita akan dihormati.
Dan kita perlu ingat tanpa modal insan berkualiti, Negara kita akan lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang menjadi pencetus kepada inisiatif baru dalam kegiatan sosioekonominya dan matlamat bagi merealisasikan Misi Nasional Kearah mencapai Wawasan 2020 akan gagal.
 
Jesteru itu kita sebagai modal insan yang berwawasan mestilah memilih benih yang baik untuk ditanam.Tuhan hanya menyediakan satu tempat sahaja sebagai kebun untuk bercucuk tanam dan DIA memberikan kepada kita satu peluang sahaja untuk mengusahakan ladangnya.Kebun tersebut adalah dunia dan peluang tersebut adalah hidup dalam dunia.Dan ingat tidak ada kebun lain dan tidak ada peluang lain.Pokok yang paling baik ditanam adalah pokok yang batangnya berdiri tegak,dahannya rukuk merendahkan diri dan julainya yang berat dengan buah sujud mencecah bumi dengan penuh kehambaan .Pokok yang baik mengeluarkan buah yang baik untuk kehidupan dunia dan ia terus berbuah didalam kubur.Di akhirat kelak buahnya akan memberikan kegembiraan yang abadi .


Isnin, 7 Jun 2010

Faktor Kekuatan Yahudi, Adakah faktor seperti itu ada pada Umat Islam Sekarang?

Menurut sejarawan terkenal Yahudi, Salo Wittmayer Baron, sebilangan mekanisma dari kewujudan Yahudi berkembang semasa abad penting di antara kejatuhan Israel dan kejatuhan Rom. Beliau menghuraikan sekurang-kurangnya lapan faktor yang menguatkan agama Yahudi dan masyarakat Yahudi.

1. Keimanan Mesianik. Kepercayaan dalam unggulnya hasil positif dan pemulihan Israel.

2. Doktrin Akhirat telah ditingkatkan perinciannya. Kepercayaan pada kehidupan selepas mati telah secara besar tidak diendahkan semasa zaman Biblikal. Kini ia dibincangkan lebih oleh pendeta. Ia menyelaraskan Yahudi dengan penderitaan di dunia ini dan membantu mereka menentang untuk menguasai.

3. Penderitaan telah memberi makna melalui penafsiran sejarah dan takdir Yahudi.

4. Doktrin syahid dan ketidaklepasan dari penindasan mengubah kedua-dua kepada sumber perpaduan.

5. Kehidupan harian Yahudi amat memuaskan. Walaupun hidup sepanjang tempoh empayar Rom dan empayar Parsi dan selanjutnya, Yahudi hidup dikalangan Yahudi. Dalam, amalan, pada jangka hayat, kebanyakan Yahudi didatangi penindasan terang-terangan hanya pada peristiwa dramatik yang sedikit. Mereka kebanyakannya hidup dibawah diskriminasi yang memberi kesan pada semua, dan iaitu mereka ditempatkan. Kehidupan harian telah diperintah oleh pembanyakan dari keperluan upacara, supaya Yahudi sentiasa berwaspada dari hubungan mereka dengan Tuhan sepanjang hari. “Untuk kebanyakan bahagian, beliau menjumpai liputan-semua cara hidup Yahudi yang sangat terkemukanya kepuasan bahawa mereka bersedia mengorbankan dirinya…untuk pemeliharaan dari fundamentalnya.” Rukun tersebut iaitu Yahudi sanggup mengorbankan nyawa mereka, seperti mengingkari penyembahan berhala, memakan khinzir, melakukan acara berkhatan iaitu bagi seorang paling tegas berpegang pada .

6. Polisi perkembangan dan pengasingan korporat dari empayar Rom dan empayar Parsi, membantu membuatkan organisasi komuniti Yahudi kuat.

7. Talmud memberikan kuasa yang sangat berkesan untuk mengekalkan etika, hukum dan budaya Yahudi, sistem kebajikan dan kehakiman yang baik hati, pendidikan universal, untuk mengembangkan dan mengekalkan yang kuat, penyayang dan berseksualnya kehidupan keluarga yang memuaskan, dan kehidupan keagamaan yang memuaskan dari lahir ke mati.

8. Penumpuan dari keramaian Yahudi didalam ‘kelas pertengahan lebih rendah’ mengekalkan kebaikan kelas pertengahan dari kawalan-diri seksual. Yahudi, tidak seperti budaya sekitar mereka, mengikuti laluan sederhana antara zahid dan kegasangan. Untuk Yahudi, perkahwinan membentuk asas kehidupan yang kuat dari segi etnik, dan etika.

Permusuhan hanya membantu mengukuhkan penyatuan Yahudi dan kekuatan dan komitmen dalaman.

Nota: Oleh itu untuk mengalahkan Yahudi kembalilah kepada Perjuangan Islam yang dibawa oleh Nabi Suci Muhamad saw secara praktikal dalam kehidupan, politik, ekonomi, ketententeraan, pendidikan, kemasyarakatan dan bernegara. Semuanya telah disediakan oleh Tuhan dan Nabinya namun kita yang telah mengalpakannya. Maka kita sering tewas dan mundur kebelakang, kerana masih berTuhankan manusia serta benda dari berTuhankan Allah pencipta Alam.

Salo Wittmayer Baron, Salo Baron (May 26, 1895, Tarnow Galicia - November 25, 1989, New York City) was an American historian ofPolish- Austrian Jewish ancestry and the most noted historian of the Jews of his generation. Baron taught atColumbia University from 1930 until his retirement in 1963.


Oleh Aris Awang

YAHUDI YANG DILAKNAT ALLAH...

Yahudi satu bangsa yang dilaknat Allah S.w.t ....apa bahasa yang boleh dilontarkan pada mereka melainkan mengutuk tindakan keganasan yang mereka lakukan. Bangsa yang kurang ajar dan hanya mengaku mereka sahaja yang hebat.

Hari ini sekali lagi dunia dikejutkan lagi dengan kekejaman mereka dari beratus-ratus kekejaman. seluruh dunia mengutuk tindakan Negara Israel (Yahudi ) dengan tindakan mereka namun apa yang dikesalkan ia hanya seketika dan selepas ini percayalah akan lebih banyak lagi tindakan mereka yang akan dibuat....selagi mana kita umat Islam tidak bersatu maka selagi itulah (yahudi) akan lebih berani tanpa rasa gerun terus menindas umat islam .

Khamis, 7 Mei 2009

"LIBERALISASI"

Satu ungkapan yang mudah namun nak melaksanakannya perlu kepada kesanggupan yang tulus dari hati yang ikhlas dan bukan dibuat-buat.Persoalanya ,adakah ia sebuah dedangan lagu lama yang diberi nafas baru.Apapun kita kena positif dan bukannya negatif dalam situasi global sekarang.

Apapun ia pasti berjaya jika niat untuk menjayakannya ada.Akan tetapi jika ia hanya untuk menjadikan sebagai latar atau percakapan yang lunak didengar ia ibarat kata-kata penyedap bicara bagi membutakan rakyat yang dahagakan perubahan .

Aku tinggalkan catatan ini untuk kita fikir bersama ,mana yang baik mahupun buruk dengan ungkapan "LIBERALISASI"

1)Liberalisasi Kewangan
2)Liberalisasi Penguaman

atau liberalisasi diri sendiri ,mana yang paling utama.....

Selasa, 5 Mei 2009

"SATU MALAYSIA"

Apa yang anda faham dengan slogan "SATU MALAYSIA"...cuba kita fikir bersama dan bertukar pandangan sesama kita tanpa rasa was-was.

Isnin, 23 Februari 2009

Ayat-ayat Cinta nyanyian Rossa

Semalam waktu dok menonton rancangan Tv ,sambil-sambil tu dok tukar siaran tv saya pun diakhirnya terdengar dendangan lagu yang bertajuk "AYAT-AYAT CINTA " nyanyian Rossa,penyanyi yang berasal dari Indonesia.
Lirik lagu tu memang sedap didengar dan ramai juga peminat yang menangis..apa yang saya nak katakan bukan Ayat-ayat Cinta tapi "AYAT-AYAT POLITIK " ,
memang hari ni ayat-ayat politik semakin hebat diperkatakan..macam-macam ada ..ada dok gila bertanding,lawan sana tikam sini,hentam sana sini.
yang pembangkang kena serang mankala disatu pihak lagi cuba bertahan sahaja...lopong sana-sini dah semakin teruk ,nak tampal pun dah tak sempat..cuma dok bertahan jer....
Betul leh kata Nobisha dalam blognya iaitu politik Malaysia macam cerita TOM & JERRY ..ada unsur kasih sayang, suka duka ,penipuan dan pelbagai pesepsi lagi yang boleh kita nilai sendiri..
ni kisah dua MB selangor pula ,satu bekas MB dan satu lagi MB yang baru memerintah ...yang ni nak bertanding Ketua Pemuda UMNO manakala seorang ni nak pertahankan pemerintahan..
sepatutnya masing-masing muhasabah diri dan bukan hanya bercakap pasal politik jer...pembangunan ekonomi macam mana pula ..sapa yang nak cakap !!!! takkan nak biar rakyat saja dok pikir sendiri..fikir-fikir lah...

Rabu, 18 Februari 2009

KETIKA.....PENYAMUN PUN SUDAH PANDAI.....

2 hari lepas saya balik kampung kat Jitra ..semasa kampung saya pi la rumah pak tam.Pi tanya khabar dan bersembang beberapa tajuk menarik..
Pak tam ni kira pandai juga la dalam hal politik dan juga tengok ketika ( kira macam firasat la) .saya pun tanya kat dia macam mana pilihanraya 2 bukit nanti sapa menang..? cuba tengok ketika hari tu...
Kemudian dia kata ,payah dah lanie nak tengok ketika ,sebab lanie semua orang dah pandai dah.penyamun nak menyamun pun tengok ketika jadi kita dok tengok lanie dah tak sesuai lagi...apa pun tidak mustahil bagi ALLAH tapi mustahil bagi kita insan biasa ni...
Sambungnya lagi,pokok pangkalnya kita kena kembali pada sifat 20 bagi ALLAH baru hidup kita selamat.
Hang tengok nanti pilihanraya 2 bukit tu mesti boleh kat PR sebab UMNO lanie dok sakit ,lagipun usia dia dah 50 tahun lebih (macam-macam penyakit dia hadapi ) manusia bila usia dia dah terlalu tua ,ada masanya dia jadi lupa (nyanyuk ) .pak tam bagi contoh kalau dulu orang lalu depan pokok besar ,tiba-tiba rebah ..orang tua-tua ambil kain tibai kat badan terus bangun balik (depa kata pintasan tapi yang sebenarnya angin ahmar ).
Ubat atau penawar segala penyakit ni memang ada ...cuma lambat dengan cepat sahaja kita jumpa...pak tam kata UMNO ibarat dah kena penyakit yang susah nak sembuh tapi boleh jadi sembuh kalau jumpa penawarnya..orang meluat pada pimpinan yang ada lanie yang tak sedar-sedar lagi...bila dah meluat depa pakat pi la cari klinik lain yang ada macam-macam ubat-ubatan campuran yang pelbagai jenama.
Tu lah kisah dengan Pak tam ,dan dia pesan lagi dunia rosak hari ini kerana tangan-tangan manusia yang menghancurkannya sendiri (ada disebut dalam Al-Quran ) dan UMNO akan hancur bukan sebab orang luar tetapi sebab orang dalam sendiri...itu sendiri mahu fikir la....

  FALSAFAH DAN PRINSIP ASAS PERUBATAN MELAYU MENYANTUNI KESIHATAN MENTAL Permadangan  sebuah Kampung (Gambar Hiasan ) Di sebuah kampung yang...